Prince Mateen Sebut Ringgit Masa Akad Nikah, Brunei Bukan Pakai Dollar Ke? Ini Sebabnya
Yang mana masih keliru, jom ambil tahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan sekali lafaz, Putera Mateen selamat bergelar suami kepada Dayang Anisha dengan jumlah mahar sebanyak seribu ringgit dan 17 das tembakan telah dilepaskan di perkarangan masjid sebagai tanda Istiadat Akad Nikah Diraja telah disempurnakan sebelum ia diakhiri dengan bacaan doa selamat
Siaran langsung ketika majlis tersebut juga disiarkan di laman Facebook Radio Televisyen Brunei (RTB) News dan telah dimuat naik semula oleh beberapa pengguna di media sosial.
Video sedutan semasa Putera Mateen melafazkan akad nikah turut dikongsikan dalam media sosial. Menerusi video itu, dapat dilihat Putera Mateen menggayakan busana serba putih dan melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu.
Namun, terdapat satu perkara yang menimbulkan kemusykilan orang ramai ketika majlis tersebut iaitu ketika Putera Mateen menyebut matawang Ringgit dalam ucapan akad nikah.
Umum mengetahui, negara Brunei menggunakan matawang Dollar Brunei (BND) manakala Ringgit itu kebiasaannya digunakan oleh rakyat Malaysia iaitu Ringgit Malaysia (RM).
Ini sebab kenapa Putera Mateen sebut Ringgit bukan Dollar
Susulan kekeliruan tersebut, rakyat Brunei tampil memberi penjelasan mengenai isu terbabit dengan mengatakan bahawa orang Brunei menggunakan kedua-dua istilah iaitu ‘ringgit’ dalam bahasa Melayu manakala ‘dollar’ dalam bahasa Inggeris.
Senang kata, istilah Ringgit dan Dollar kedua-duanya digunakan oleh rakyat Brunei. Jadi ia bergantung kepada bahasa percakapan mereka pada ketika itu.
Info tambahan, walaupun Brunei memanggil wang mereka ringgit, akan tetapi nilai mata wang mereka sama dengan mata wang Singapura iaitu 1BND bersamaan dengan RM3.50.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!