seismik

Netizen Malaysia Terpaku Dengan Dua Mat Saleh Nyanyi Lagu Bukan Cinta Biasa Dari TokTi

Jelas betul sebutannya.

Cover image via @thesamtsui (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa yang tidak mengenali Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukan? Malah beliau turut dikenali di pelbagai negara

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh Sam Tsui di TikTok, penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat telah menyanyikan lagu popular Siti Nurhaliza yang berjudul "Bukan Cinta Biasa".

Menerusi video tersebut, penyanyi tersebut menghasilkan konten dengan menyanyikan lagu-lagu dari 195 negara yang berbeza di seluruh dunia.

Bagi negara ke-73, iaitu Malaysia, Sam Tsui dan rakan-rakannya telah memilih lagu "Bukan Cinta Biasa".

Penampilan mereka telah menarik perhatian ramai dengan keindahan suara yang disampaikan.

Sampaikan lagu itu dengan sebutan yang sangat jelas

Tambahan lagi, penyanyi tersebut dengan lancar memulakan penyanyian lagu dengan mengambil bahagian korus, yang dipersembahkan dengan penuh keyakinan.

Apa yang lebih menarik adalah, walaupun dari Amerika, Sam Tsui dan rakan-rakannya menyampaikan lagu tersebut dengan sebutan perkataan yang jelas dan tegas, tanpa sebarang kedengaran pelat.

Perkara yang sama turut didengari oleh pasangan duetnya yang turut menyanyi sama. Mereka sangat sesuai berganding menyanyi bersama lagu tersebut kerana sangat merdu dan paling penting sebutan yang dilontarkan satu per satu.

"Your Malay pronunciation is good and your voice is amazing" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 981.1K tontonan, 91.1K tanda suka dan 2.6K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Sedap betul ya, terpukau admin :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: