Minta Pekerja Kedai Segera Siapkan Pesanan, Gelagat Budak Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Lapar sangat dah ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila seseorang rasa lapar, segala-galanya kelihatan tidak kena
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki, terlihat berlari mendekati seorang pekerja kedai makan untuk bertanya tentang makanan yang dipesan.
Menerusi video tersebut, Adam nampak ingin masuk ke dalam kedai tersebut, namun dia terhenti apabila melihat pekerja tersebut membawa air untuk pelanggan lain.
Dengan serta-merta, Adam memberitahu pekerja itu bahawa dia sangat lapar.
“Abang, saya lapar,” kata kanak-kanak lelaki itu.
“Abang, cepat la, Adam dah lapar la,” kata kanak-kanak itu lagi.
Namun, pekerja lelaki terbabit hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya.
Adam terus mengekori pekerja tersebut dengan gigih dan meminta agar pesanannya disiapkan dengan segera.
"Nasib dia tak ke dapur bancuh air sendiri" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 952.5K tontonan, 89.5K tanda suka dan 376 komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!