seismik

Saudi Airlines Perkenalkan Teksi Terbang Pertama Di Dunia Yang Bakal Beroperasi Di Mekah

Difahamkan, ia bakal diperkenalkan pada musim haji tahun ini dari lapangan terbang Jeddah ke hotel Makkah.

Cover image via Lilium (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Saudi Arabian Airlines (Saudia) merancang mengendalikan 'teksi terbang' untuk membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel di Makkah

Menerusi laporan Gulf Business, Saudia bercadang membeli kira-kira 100 pesawat untuk mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia Abdullah Al-Shahrani, perancangan pembelian teksi terbang itu adalah sebagai persiapan menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun 2024.

Beliau berkata Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (eVTOL), untuk ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah dan hotel Makkah berhampiran Masjidil Haram dan tempat suci lain.

“Pesawat elektrik Lilium antara pesawat pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik.

“Setelah menyelesaikan urusan diperlukan, pesawat ini akan terbang bersama tetamu Allah SWT pada musim haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke lapangan terbang di hotel berhampiran Masjidil Haram di Mekah,” jelasnya.

Teksi terbang itu boleh dinaiki empat hingga enam orang penumpang

Buat mereka yang tertanya-tanya, kenderaan ini mampu membawa empat hingga enam orang penumpang dalam satu masa.

“Pesawat Lilium dicirikan oleh kadar pelepasan karbon yang rendah dan merupakan pesawat mesra alam, menjadikannya antara kemungkinan untuk mengekalkan perjalanan udara dan memendekkan masa penerbangan, kerana meliputi jarak maksimum 250 kilometer (km).

"Melalui pembelian hampir 100 pesawat, Saudi Airlines berhasrat melancarkan perkhidmatan lanjutan untuk menghubungkan beberapa destinasi perjalanan melalui pesawat elektrik canggih ini, dan akan menyokongnya dengan laluan udara antara lapangan terbang utama dari tempat Saudia beroperasi," katanya lagi.

Image via Gulf Business

Mempunyai ciri unik yang tawarkan pengalaman menarik untuk semua

Dalam pada itu, perkhidmatan yang bakal disediakan itu turut menampilkan ciri kabin unik serta menawarkan beberapa pilihan susunan tempat duduk.

Ia juga dilengkapi dengan ruang yang luas bagi menyediakan keperluan dan pengalaman baik buat tetamu elit.

Menurut Al-Shahrani, Saudi Airlines akan berusaha untuk menyokong Lilium dengan menyediakan semua kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk mengendalikan pesawat jenis ini di pasaran Saudi.

"Ini adalah satu langkah penting dalam rangka usaha menambah baik sektor pengangkutan udara kerana inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan untuk merangsang kemampanan sektor pelancongan melalui penerbangan tanpa pelepasan," jelasnya.

Hebat betul ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: