Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kehidupan Dan Legasi Karpal Singh

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang peguam paling berpengaruh, Karpal Singh pada pagi 17 April 2014.

Karpal Singh telah dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi 17 April 2014

Image via thestar.com.my

Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis.

bernama.com

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

bernama.com

Siapakah Karpal Singh?

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 - 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

therakyatpost.com

Karpal Singh pernah diberi gelaran 'Harimau Jelutong' pada tahun 1999.

Image via news.abnxcess.com

Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini semasa hidupnya dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

astroawani.com

Karpal, 74, yang aktif berpolitik selama 36 tahun turut digelar 'harimau jelutong' kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

malaysiandigest.com

Karpal Singh telah berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan 5 orang cahaya mata

Beliau berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.

mynewshub.my

Karpal Singh bersama isterinya, Gurmit Kaur.

Image via medan-info-kita.blogspot.com

Gobind Singh Deo.

Image via www.therocket.com.my

Pada tahun 2005, beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

mynewshub.my

Karpal juga pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

astroawani.com

Karpal Singh mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum menyertai politik

Karpal mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution, George Town, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura pada 1966.

mstar.com.my

Karpal mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970.

malaysiandigest.com

Karier politik Karpal Singh bermula pada tahun 1970 apabila beliau menyertai DAP

Karpal merupakan antara peguam tersohor di negara setelah terlibat dalam pelbagai kes berprofil tinggi seperti pertuduhan dadah Barlow & Chambers pada tahun 1986, kes saman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar Johor pada tahun 1986 dan perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

therakyatpost.com

Dikenali sebagai seorang yang pandai berhujah, beliau pernah dilantik menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes liwatnya itu.

malaysiandigest.com

Karpal Singh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image via negarapakatanrakyat.blogspot.com

Beliau aktif dalam bidang politik selama 36 tahun dan merupakan salah seorang ahli politik yang sangat berpengaruh

Beliau memenangi kerusi DUN di Kedah pada tahun 1974. Beliau menyertai Parlimen buat pertama kali pada tahun 1978 sebagai Ahli Parlimen Jelutong, Pulau Pinang dan kekal di kawasan tersebut selama 21 tahun sehingga 1999.

mstar.com.my

Beliau kembali ke Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2004 setelah memenangi kerusi Bukit Gelugor. Karpal kekal di kerusi tersebut pada PRU 2008 dan 2013.

mstar.com.my

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tetap pendirian apabila tidak menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan PAS

Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam.

therakyatpost.com

Bagaimanapun, beliau bersetuju jika PAS terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.

mynewshub.my

Karpal Singh Dalam Kenangan, 1940-2014

Karpal Singh Dalam Kenangan, 1940-2014.

Image via malaysiandigest.com

Leave a comment