seismik

Sehari Sebelum Pelancaran iPhone 6 Dari Apple: Apa Yang Dijangkakan Tiba?

Apa yang anda mahukan pada iPhone 6 terbaru dari Apple?

Cover image via macrumors.com

Seperti sedia maklum, Apple akan melancarkan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 6 pada 9 September 2014 di California

Image via SAYS.com

Berikut adalah 5 perkara yang dinantikan-nantikan:

1. Semestinya, saiz iPhone yang lebih besar yang kini sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar

Image via imgur.com

Menurut sumber, iPhone 6 terbaru ini akan didatangkan dengan dua saiz berbeza iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci yang lebih besar daripada saiz iPhone 5s sebelum ini pada 4 inci. Khabar angin juga ada mengatakan paparan 'row' pada skrin iPhone 6 akan ditingkatkan kepada 6 baris berbanding 5 baris pada iPhone 5s.

2. Jam pintar yang diberi nama iWatch

Image via macrumors.com

Jam pintar kini semakin popular di kalangan syarikat pembuat telefon pintar. Samsung telah mengeluarkan jam pintar mereka sejak tahun 2013. Syarikat lain seperti Sony, Asus, LG dan Motorola juga mempunyai jam pintar mereka tersendiri.

Apple juga dikatakan tidak melepaskan peluang apabila sumber melaporkan mereka akan melancarkan edisi jam pintar mereka sendiri yang diberi nama iWatch pada majlis pelancaran iPhone 6.

3. Binaan NFC dengan sistem pembayaran yang lebih mudah

Walaupun syarikat lain seperti HTC, Nokia dan Google telah mendatangkan telefon pintar mereka dengan cip NFC terbina di dalam, teknologi ini masih lagi dianggap kerdil dan tidak digunakan dengan meluas disebabkan kekurangan sokongan daripada penjual.

Mungkin itu antara sebab kenapa Apple masih lagi belum mendatangkan cip NFC ke dalam iPhone mereka sebelum ini. Namun begitu, ramai menjangkakan bahawa Apple akan mengumumkan mod pembayaran terbaru melalui iPhone 6 yang dikatakan cukup baik untuk digunakan pembeli.

Apple juga dikatakan telah bekerjasama dengan American Express, MasterCard dan Visa untuk menyokong sistem pembayaran ini.

4. Kualiti kamera yang lebih baik dan bilangan megapiksel yang lebih tinggi

Image via denivip.ru

Kamera dengan kualiti pengimejan yang baik adalah antara perkara yang paling dahulu dinilai oleh pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli telefon pintar. Dengan syarikat lain semakin meningkatkan momentum dalam menghasilkan kamera yang bermutu tinggi, Apple juga diharap mampu memberi saingan dalam sektor ini.

Softpedia melaporkan bahawa iPhone 6 mungkin didatangkan dengan sensor pengimejan bagi video 1080p. Selain itu, iPhone 6 juga dilaporkan mempunyai kamera belakang 13 megapiksel untuk bersaing dengan telefon pintar lain dalam pasaran.

5. Penggunaan 'Sapphire Screen' untuk membantu mencegah retak dan calar

Image via forbes.com

'Sapphire' adalah salah satu mineral yang paling teguh dan paling kuat di bumi dan pemerhati industri menjangkakan Apple untuk memuatkan 'sapphire screen' pada paparan iPhone 6 terbaru mereka bagi membantu mencegah retak dan calar.

'Sapphire' yang digunakan pada peranti elektronik boleh menjadi fleksibel dan tidak semestinya mahal. Tetapi Apple mungkin menghadapi satu cabaran yang berterusan untuk mendapatkan harga terbaik dari rantaian bekalannya. Satu-satunya pembuat telefon lain yang menggunakan 'sapphire screen' ialah jenama mewah Vertu.

Sebagai peringatan, iPhone 6 akan dilancarkan pada 10 September 2014 tepat pada jam 1 pagi waktu Malaysia. Jangan ketinggalan!

Dapatkan maklumat terperinci mengenai iPhone 6 DI SINI:

You may be interested in: