Sejarah Menarik Mengenai Krabi & Phuket Yang Anda WAJIB Tahu Jika Suka Bercuti Di Sana
Ini rupanya kisah disebalik pulau-pulau cantik ini.
Setelah penat bekerja, mestilah anda inginkan masa untuk bercuti bukan? Dalam masa yang sama boleh menenangkan minda yang tidak pernah berhenti berfikir sepanjang waktu bekerja.
Kebanyakan daripada anda semua pasti akan memilih tempat yang boleh merehatkan minda. Salah satunya adalah pulau, siapa tak suka pulau kan? Tempat yang paling tenang di dunia, lagi-lagi bila anda terlalu stress dengan kerja, dapat pergi pulau memang seronok sangat lah.
Destinasi yang sering menjadi pilihan orang adalah pulau di Krabi dan juga Phuket. Namun, adakah anda tahu kisah sebenar disebalik dua pulau ini?
Jika tidak, baca perkongsian oleh seorang lelaki di laman Twitter mengenai sejarah Krabi dan Phuket ini. Sangat menarik!
Krabi dan Phuket merupakan salah satu dari sempadan asal Semenanjung Tanah Melayu dan ianya adalah jauh lebih luar dari yang sebelumnya
Semenanjung Tanah Melayu bermula dari utara Segenting Kera yang berada di bawah wilayah negara Thailand & Myanmar sampailah ke bahagian selatan Singapura. Inilah peta sebenar. Pada masa dahulu, Phuket dikenali sebagai Pulau Bukit, manakala Krabi pula berasal dari perkataan Ghraibi.
Untuk pengetahuan anda, Phuket dan Krabi dulunya merupakan tempat berkelah keluarga diraja Kedah dan merupakan salah satu jajahan takluk Sultan Kedah sebelum termeterainya perjanjian Anglo-Siamese Treaty pada tahun 1909.
Malah, penduduk yang berada di Negeri Patani bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu dan juga loghat Kelantan (Yawi).
Selain itu, penduduk Melayu yang berasal daripada Wilayah Setul yang kini dikenali sebagai Satun hingga ke Rundung dan kini dengan nama 'Ranong' dan 'Pulau Dua' (Kawthoung) pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dengan loghat Kedah
Jangan salah sangka bila pergi ke kawasan tu dan jumpa dgn penduduk Melayu. Mereka semuanya bukanlah pendatang di negara Thailand tapi sebaliknya merupakan kaum asal yg telah lama menduduki kawasan tersebut sejak dulu dan merupakan warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.
Hanya pada tahun 1909 disebabkan oleh Anglo-Siamese Treaty yang dibuat antara pihak British dengan Thailand telah memisahkan Semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian.
Perjanjian inilah sebenarnya yang telah menukarkan semua nama-nama Melayu yang berada di Thailand kemudiannya diubah kepada sebutan dalam bahasa Thai. Perjanjian Anglo Siamese Treaty ni dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-Raja Melayu yang berada di negeri-negeri berkenaan.
Semua wilayah milik Melayu yang berasal dari Patani, Singgora (Songkhla), Setul (Satun) hingga ke Segenting Kra telah dirampas oleh British dan diberikan hak kepada Thai
Pada tahun 1938, Phibun Songkram yang merupakan Perdana Menteri Thai ketika itu mengamalkan pemerintahan secara kuku besi. Beliau kemudiannya menukar nama Negara Siam kepada Prathet Thai/Thailand.
Secara umumnya, Thailand bermaksud ‘Negara Bagi Orang-orang Bebas' tetapi secara metaforanya Thailand membawa maksud kepada ‘Tanah Orang-Orang Thai’.
Phibun Songkram sebenarnya berhasrat untuk menjadikan Thailand sebuah negara kesatuan berdasarkan kepada budaya Kaum T’ai dan agama Buddha Theravada.
Kaum-kaum minoriti termasuklah Melayu yang ada di wilayah-wilayah asal Semenanjung Tanah Melayu telah dipaksa untuk ‘menjadi Thai’ melalui pemaksaan dasar Thai Ratthaniyom dan nama-nama tempat yang berbunyi Melayu di kawasan Segenting Kra diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai.
Sebab itulah siapa yang pernah berkunjung ke Hatyai mungkin tahu dan tidak tahu bahawa Samila Beach sebenarnya berasal dari perkataan Melayu iaitu Pantai Bismillah. Jadi, sesiapa yang pernah pergi ke Phi-Phi Island mesti perasan dengan signboard ini. Koh Phi Phi berasal dari perkataan pulau api-api.
Tanggal 10 Mac yang lepas genaplah 109 tahun wilayah Melayu di selatan Thailand terpisah dgn Semenanjung Tanah Melayu
Alangkah indah sekali kalau mereka masih menjadi dari sebahagian daripada kita. Tapi sejarah hanya tinggal sejarah dan kini hanya tinggal secebis tanah yang berdaulat. Pada waktu sekarang kaum Melayu yang berada di negeri Setul, Singgora dan Patani sahaja yang masih mampu bertutur dalam bahasa Melayu mengikut loghat tempatan.
Ketiga-tiga negeri ini telah ditukarkan kepada sebutan dalam bahasa Thai bahkan negeri Singgora sendiri telah dipecahkan kepada empat daerah.
Sekarang Singgora dikenali sebagai Songkhla dan empat daerah yang dipecahkan ialah Thepha (nama aslinya Tiba), Chenak, Saba Yoi (nama asal Sebayu) dan Nawi. Manakala negeri Patani pula dipecahkan kepada Pattani, Yala (Jala) dan Narathiwat (Menara).
Sementara masyarakat Melayu Islam yang lain yang berada di wilayah asal Semenanjung Tanah Melayu lain terus menjadi minoriti dan ada juga yang ditindas. Ada juga kebanyakannya telah berkahwin dengan kaum Thai dan tak mampu lagi untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Agama Islam yang menjadi penanda bahawa mereka masih lagi merupakan keturunan Melayu, akan tetapi masyarakat Melayu yang berada di wilayah Pulau Dua (kini dengan nama Kawthoung) yang terletak di Myanmar masih lagi mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan loghat Kedah
Sesiapa yang pernah sampai ke wilayah Ranong (Rundung) Thailand, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Batu Tanda yang menyimpan lipatan sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat Melayu dan Siam di zaman silam.
Batu Tanda tersebut dinamakan sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud sempadan Melayu. Kawasan itulah sebenarnya merupakan tempat yang paling sempit antara bahagian timur dengan bahagian barat Segenting Kera.
Dan wilayah Segenting Kera ni juga merupakan sebuah kawasan yang menjadi saksi kepada kemunculan dan perkembangan awal tamadun Melayu menerusi beberapa buah kerajaan utama seperti Langkasuka dan Sri Wijaya.
Wilayah ini juga menjadi pertembungan beberapa siri peperangan dan perebutan wilayah antara orang-orang Melayu dengan pendatang T’ai yang berhijrah dari China secara berterusan yakni sejak dari era Kerajaan Sukothai, Ayutthaya hinggalah kepada Dinasti Chakri pada hari ini.