seismik

Lebih 8k ‘Shares’ Di FB, Lelaki Ini Kongsi Perjalanan Ke Hatyai Dan Krabi Tak Sampai RM650

Naik 'train' je!

Cover image via Ashhry Atan/Facebook

Thailand adalah salah sebuah negara yang sering menjadi pilihan masyarakat ketika mengembara. Bukan sahaja lokasinya yang dekat, malah terdapat banyak perkara yang boleh kita terokai di sana.

Antara lokasi yang popular di sana adalah kota Hatyai dan Pulau Krabi. Namun, pernah atau tidak anda terfikir dengan bajet yang minima anda boleh mengembara ke dua buah lokasi ini selama 4 hari melalui jalan darat?

Lebih 8 ribu perkongsian di Facebook, itinerary perjalanan lelaki bernama Ashhry Atan di Thailand ini pastinya boleh menajdi panduan buat sesiapa yang ingin ke sana.

Last week hari khamis sampai ahad aku decide nak pergi thailand naik train. Best jugak, train (ets) dia laju sangat dan ada kemudahan seperti cafe, toilet. Kalau macam penat duduk boleh jalan ke gerabak yang lain dan menikmati pemandangan luar.

So kira ni macam trip unplanned budget jugak lah, aku cuba untuk menggunakan duit se minima yang mungkin. Kalau korang nak save lagi duduk hotel boleh duduk hotel backpack which is semalam dalam 200baht pun ada.

facebook.com

Blue pool, cannot swim but boleh ambik gambar. Air dia panas. Buat teh tarik sedap.

Image via Ashhry Atan/Facebook

So ni adalah expenses yang beliau habiskan selama 4 hari 3 malam di Hatyai & Krabi

Hatyai
LRT Kelana Jaya - KL Sentral = RM3.40
KL Sentral - Padang Besar = RM76
Padang Besar - Hotel, Hatyai = 250 baht
Grand Pink Hotel 1 night = 1150 baht (divide 4)

Krabi
Hatyai Mini Van - Aonang Beach Hotel = 380 baht
Hotel 2 night = 650 baht (1 person)
Dinner = 500 baht

facebook.com

Lawa sangat, dia macam nak menangis tapi tulah. Tak jadi pulak. Kolam semulajadi yang berwarna tanpa klorin. Dia kat dalam ni tak bau klorin tapi bau cipek!

Image via Ashhry Atan/Facebook

Boleh main benda alah ni dekat night market krabi. 20 minit dari Aonang Beach. Dekat pasar malam tu macam macam ada

Image via Ashhry Atan/Facebook

Hari ketiga & keempat

Day three (Krabi)
Emerald Pool, Hot Spring + Van Transfer = 700 baht
Transport to Night Market = 120 baht
Dinner = 500 baht
Day four (balik)
Krabi - Hatyai = 350 baht
Hatyai - KL (bus) = 650 baht

So total habes cuma RM634.40 (+-) sahaja percutian ke Hatyai & Krabi! Jadi kepada korang nak try boleh try sebab best gila.

Sometimes we spend so much time thinking about something but never doing it. The best things often happen unplanned. So just do the ting.

facebook.com

Tuk Tuk Hello Kitty.

Image via Ashhry Atan/Facebook

Lihat lebih banyak foto menarik beliau di SINI.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel travel di SINI:

You may be interested in: