seismik

Bekerja 9 Bulan Di NZ, Wanita Ini Beri Tips Macam Mana Nak Apply 'Working Holiday Visa'

Best-nya dapat kerja kat New Zealand. Serius teringin!

Cover image via Mei Mei Chu

Artikel ini merupakan sebuah tulisan dan sumbangan daripada Mei Mei Chu, seorang penulis dan travel blogger di meimeichu.com untuk diterbitkan semula oleh TSG #KasiJadi atas keizinan.

Image via Mei Mei Chu

Pada usia 26 tahun, Mei Mei Chu telah mengembara ke serata negara di rantau Asia dan beberapa negara di luar Asia. Dua tahun lalu, Mei yang bekerja sebagai seorang penulis untuk sebuah laman web popular di Malaysia telah membuat keputusan untuk berhenti dan mengembara lebih jauh dan lebih lama.

Destinasi yang dituju; New Zealand.

Tempoh menetap; 9 bulan!

Menurut Mei, 9 bulan di New Zealand merupakan detik terindah dan terbaik dalam hidupnya. Ini antara highlights terpenting sepanjang berada di sana:

Berkayak ke Sandfly Point di Milford Track.

Image via Mei Mei Chu

Mengembara selama 6 hari di dalam camper van bersama keluarga.

Image via Mei Mei Chu

Mencuba aktiviti ski buat pertama kali di Ohau.

Image via Mei Mei Chu

Mendaki Avalanche Peak di Arthur's Pass National Park

Image via Mei Mei Chu

Dan banyak lagi dan lagi dan lagi.

Image via Mei Mei Chu

Jealous kan? Tapi kalau sekadar jealous tanpa ada usaha pun tak guna jugak. Jadilah seperti Mei yang bijak mengambil peluang keemasan memohon 'Working Holiday Visa' untuk bekerja di New Zealand.

Menurut Mei sendiri, rakyat Malaysia memang kurang peka dan masih ramai tidak tahu tentang kewujudan Working Holiday Visa yang ditawarkan oleh kerajaan New Zealand ini. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia setelah menghabiskan 9 bulan di sana, Mei "diserang" bertubi-tubi dengan pelbagai soalan daripada rakan-rakan dan kenalan mengenai pengalamannya di sana.

Ramai yang curious nak tahu macam mana nak apply, kerja apa kat sana, gaji berapa, duduk mana, makan apa, dan macam-macam lagi.

Image via Mei Mei Chu

Segala soalan yang Mei dapat, beliau telah jawab dalam entri blog di sini dalam Bahasa Inggeris. Kami dari TSG #KasiJadi diberi kebenaran untuk translate entri tersebut kepada BM. Selamat membaca semua!

Apa itu New Zealand Working Holiday Visa (WHV)? Apa yang best sangat?

Mestilah best! Korang tak nak ke kerja kat New Zealand yang super duper cantik dan aman damai tu? Sekurang-kurangnya dapatlah "lari" sekejap dari negara Malaysia yang semakin bercelaru ni.

Dengan Working Holiday Visa, kita dibenarkan untuk bekerja secara SAH, belajar, dan mengembara di New Zealand selama 6 bulan (untuk rakyat Malaysia). Menariknya, kita tak perlu dapatkan kerja dulu untuk melayakkan diri memohon visa. Maksudnya, kita boleh apply visa dulu, lepas tu barulah cari pekerjaan bila dah sampai sana nanti.

Selain itu, kita boleh menukar pekerjaan dan pergi berjalan ke serata tempat di dalam dan di luar New Zealand dengan bebas. Perjalanan di sana juga sangat berpatutan apabila kita bekerja dan dibayar gaji dalam New Zealand Dollar (NZD$). Kalau pakai Ringgit memang tak mampu.

Camping bersama kenalan baru di Lake Marian.

Image via Mei Mei Chu

Saya layak ke nak apply?

Syarat-syarat kelayakan:
1. Mesti berusia 18-30 tahun
2. Ada pasport yang masih valid dan belum tamat tempoh
3. Sihat tubuh badan
4. Tiada rekod jenayah

Lagi satu dan paling penting, masa nak apply tu kena buktikan yang kita ada simpanan bank sebanyak NZD$2,250 (RM7,207) untuk survive di sana. Manalah tahu susah nak dapat kerja, jadi duit inilah yang akan jadi sumber untuk kita teruskan kehidupan di New Zealand. Kena buktikan dengan bank statement okay!

Kalau tak ada duit, faham-faham sendirilah ya.

Senang ke nak dapat visa ni?

Nak dapat kelulusan tu mudah, tapi saingan sangat sangat sengit. Setiap tahun, rakyat Malaysia diberi kuota permohonan sebanyak 1,150. Maksudnya, kita akan bertarung dengan beribu-ribu rakyat Malaysia yang lain, semata-mata untuk dapatkan 1 tempat daripada 1,150 kuota yang disediakan.

Permohonan visa ini dibuka hanya SEKALI setahun, biasanya pada penghujung bulan Januari. Pada hari permohonan, ribuan rakyat Malaysia akan membanjiri laman web imigresen NZ untuk memohon, menjadikannya sangat sukar untuk diakses. Siapa yang dapat akses tu memang nasib dia baik.

Permohonan akan ditutup serta merta sebaik sahaja kuota telah dipenuhi, yang biasanya mengambil masa kurang daripada satu jam!

Macam mana dan kat mana saya boleh apply?

Zaman sekarang, semuanya online. Pergi saja ke laman web imigresen New Zealand dan ikut arahan yang tertera. Simple!

Sebelum apply, kena sign up dan daftar dulu. Bila nak apply nanti kena log in baru boleh.

Semasa memohon, kita akan diminta untuk mengisytiharkan sebarang masalah kesihatan dan rekod jenayah. Kita tak perlu tunjukkan apa-apa bukti pada peringkat ini tetapi, mereka boleh menghubungi kita pada bila-bila masa kemudian untuk pemeriksaan perubatan dan apa-apa yang berkaitan.

Sebaik sahaja permohonan dihantar, imigresen NZ akan beritahu dalam masa seminggu sama ada permohonan kita diluluskan atau ditolak melalui email.

INGAT! Permohonan ini hanya dibuka SEKALI sahaja setahun. Kuota 1,150 akan disambar dalam sekelip mata! Jadi, jangan tidur terlalu lama atau fikir yang kita boleh apply kemudian. Sebab 'kemudian' itu bermakna tunggu setahun lagi lah ya.

Ni haa laman webnya.

Image via www.immigration.govt.nz

Apa yang perlu saya sediakan sebelum memohon?
1. Jam loceng yang kuat
2. Akses internet terbaik di dunia
3. Kesabaran yang tinggi
4. Kad kredit Visa atau Mastercard yang sah - Bayaran untuk New Zealand Working Holiday Visa bagi rakyat Malaysia adalah sebanyak NZD$208 (RM666) dan perlu dibayar semasa memohon
5. Nasib

Ada apa-apa tips untuk pastikan permohonan diluluskan?

Jangan tunggu last minute. Log in ke laman web imigresen NZ seawal mungkin dan pastikan sambungan internet berada pada tahap terbaik. Permohonan mungkin akan diluluskan selagi kita berada dalam keadaan sihat, tidak ada masa lampau yang buruk, dan bayaran diterima.

Image via Mei Mei Chu

OMG visa dah lulus! Apa saya kena sediakan sebelum saya terbang ke New Zealand?

1. Pasport yang belum tamat tempoh dalam masa terdekat
2. Cetak atau fotostat surat kelulusan visa yang telah dihantar ke email
3. Tiket penerbangan pergi balik, ATAU bukti yang menunjukkan kita ada duit yang cukup untuk membeli tiket penerbangan pergi balik
4. Bawa bank statement bagi membuktikan yang kita ada simpanan NZD$2,250 (RM7,207)

PENTING: Pastikan pegawai imigresen di lapangan terbang New Zealand memberikan cop (stamp) Working Holiday Visa yang betul ke dalam pasport.

Semasa saya tiba di sana, saya pada mulanya diberi visa pelancong biasa yang bermakna, saya hanya boleh tinggal selama 3 bulan dan tidak dibenarkan bekerja. Nasib baik saya check dulu pasport dan segera minta ia ditukarkan.

Kalau saya apply tahun ini (2017), boleh tak saya nak pergi tahun depan (2018)?

Working Holiday Visa hanya sah untuk tempoh 12 bulan sahaja dari tarikh kelulusan. Bermaksud, kalau permohonan kita diluluskan pada bulan Februari 2017, kita wajib pergi ke New Zealand sebelum Februari 2018 atau visa akan tamat.

Sekejap sangatlah 6 bulan. Kalau nak extend boleh tak?

BOLEH! Kalau rasa 6 bulan tak cukup, kita boleh lanjutkan lagi tempoh menetap di sana selama 3 bulan. Dengan syarat, kita boleh extend sekali sahaja dan kita perlu bekerja selama 3 bulan dalam bidang pertanian, perladangan atau perkebunan. Permohonan dan maklumat lanjut di sini.

Image via Mei Mei Chu

Kerja apa yang saya boleh dapat kat sana?

Korang tahu kan kerja-kerja 'kotor' yang kita selalu tengok warga Bangladesh dan Indonesia buat kat Malaysia? Inilah jenis pekerjaan yang terbuka untuk kita di New Zealand. Yup!

Terdapat banyak peluang pekerjaan disediakan untuk pemegang WHV tapi yang paling mudah untuk dapat ialah kerja ladang seperti memetik buah-buahan, kerja restoran, housekeeping, kerja kilang, dan pekerjaan buruh lain.

Saya bekerja sebagai fundraiser di jalanan, juruwang, dan akhir sekali menghabiskan masa selama dua bulan mengemas katil, menyental tandas, dan membasuh pinggan mangkuk di sebuah hostel demi mendapatkan makanan dan penginapan percuma.

Berapa banyak gaji yang saya boleh dapat?

Gaji minimum di New Zealand ialah sebanyak NZD$14.75 (RM47) sejam. Sesetengah majikan boleh membayar lebih, dan kita tak perlu risau kerana majikan tidak boleh membayar kurang daripada amaun yang telah ditetapkan tersebut. Pemetik buah pun dibayar pada kadar yang sama.

Namun begitu, sesetengah majikan tidak menawarkan gaji, tetapi memberi makanan percuma, tempat tinggal, dan/atau tours percuma.

Stargazing di New Zealand.

Image via Mei Mei Chu

Senang ke nak cari kerja?

Senang! Kita ni cheap labour dan semua orang pun suka. Pekerjaan boleh dicari secara online di beberapa laman web berikut:

1. Seek
2. Trade Me Jobs
3. Bacpacker Guide NZ
4. Bacpacker Board
5. Pick NZ
6. Seasonal Work

Image via Mei Mei Chu

LAST SEKALI: Permohonan New Zealand Working Holiday Visa untuk tahun 2017 akan dibuka pada 20 Januari, jam 10 pagi waktu New Zealand, bersamaan pukul 5 pagi waktu Malaysia.

JANGAN LEPASKAN PELUANG! Selamat berjaya! :)

Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian daripada Mei Mei Chu tentang New Zealand Working Holiday Visa. Untunglah Mei.

Sebenarnya, ada lagi beberapa perkara penting yang anda kena tahu yang kami tak tulis kat sini. Kalau nak tahu lebih terperinci, boleh baca entri penuh Mei di sini. Baca jangan tak baca!

Image via Mei Mei Chu

Selain itu, Mei juga menulis beberapa artikel menarik mengenai New Zealand dan berkongsi pengalaman seperti ber-camper van bersama keluarga, macam mana nak travel murah di sana, perkara paling tidak boleh dilupakan, bekerja selama 9 bulan, dan banyak lagi. Klik saja di sini untuk baca kesemuanya.

Nak berkenalan dengan Mei? Boleh add atau follow Mei Mei Chu di Facebook atau di Instagram @meixchu dan juga di Twitter @meixchu.

Baca juga entri lain perjalanan Mei mengembara ke serata tempat di laman webnya sendiri meimeichu.com.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak Mei. Stay awesome and pretty as you always do! :D

Image via Mei Mei Chu

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

Bila nak travel ke luar negara, jangan lupa aktifkan kad ATM ya. Macam ni caranya:

You may be interested in: