seismik

Sini Kami Ajar 7 Langkah Nak Aktifkan Kad ATM Supaya Tak Terkandas Bila 'Travel Oversea'

Jangan sampai tak boleh balik Malaysia sudah.

Cover image via TSG #KasiJadi

Image via TSG #KasiJadi

Hai semua. Selamat Tahun Baru! So, tahun ni dah ada travel plan ke mana-mana atau belum? Kalau dah ada baguslah. Rasanya untuk tahun 2017 ni, kami dari TSG #KasiJadi pun dah ada macam-macam tempat dalam kepala. Tak sabar rasanya nak hit the road and travel again!

Rasa macam nak pergi New Zealand lah tahun ni. Siapa nak ikut?

Image via acerentalcars.co.nz

Travel memang seronok, tapi akan jadi tak seronok bila berlaku perkara yang tidak diingini seperti tiba-tiba demam atau tak sihat, berlaku kemalangan, cedera, terjerat dalam scam, kena food poisoning, sesat, duit hilang, duit tak cukup, dan macam-macam lagi.

Untuk artikel kali ni, kami nak sentuh bab duit sahaja. Bercakap pasal duit, korang pernah tak tengah-tengah travel kat luar negara tiba-tiba tanpa sedar duit tak cukup atau dah habis?

Kalau tak pernah, bagus! Korang memang power!

Yang mana pernah tu, apa korang buat bila dah tahu tak ada duit?

Alkisah...

Image via TSG #KasiJadi

Ada seorang kawan kami bernama Salim (bukan nama sebenar) melancong ke Indonesia pada tahun 2015. Dia bawak sejumlah wang untuk dibelanjakan di sana selama 10 hari. Selalunya, tak ada masalah sangat kalau orang Malaysia pergi Indonesia dari segi kewangan. Maklumlah mata wang Ringgit sentiasa lebih besar daripada Rupiah kan. Pergi sana dah rasa macam orang kaya pun ada. Hehe.

Salim berjalan sakan masa kat sana. Pergi panjat gunung lah, pergi pantai lah, pergi snorkeling lah, pergi surfing lah, pergi buat marine walk lah, pergi makan mewah-mewah, duduk hotel pun fancy-fancy, pergi clubbing, beli itu beli ini, shopping sana shopping sini, dan banyak lagilah.

Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia.

Image via TSG #KasiJadi

Tapi Salim ni bijak. Walaupun dia bawak duit yang mencukupi, dia masih simpan lebih kurang RM300 dalam akaun bank untuk tujuan kecemasan. Manalah tahu tiba-tiba tak cukup duit ke kan, boleh withdraw terus masa kat sana.

Sehinggalah tiba hari terakhir masa nak balik, duit Salim masa tu memang dah tak cukup untuk buat apa-apa langsung. Sampai kat airport, baru Salim teringat nak kena bayar 'fiskal' atau airport tax dalam bentuk TUNAI di kaunter. Tapi dalam poket Salim tinggal duit makan je. Nak pakai debit card tak boleh pulak. Nak pakai credit card, Salim memang tak pernah ada.

Bila dah tahu tak ada duit, nak tak nak, Salim pun pergi ke ATM untuk 'cucuk' duit RM300 yang dia simpan tu. Nasib baik masih ada cash.

Tetapi...

Nak dijadikan cerita, duit RM300 tu tak boleh dikeluarkan. Banyak kali Salim cuba untuk withdraw tapi tetap tak boleh. Masa dah suntuk, Salim ada dalam sejam je lagi untuk selesaikan masalah.

Tak banyak pun bayaran fiskal tu. Tak sampai RM150.

Bila dah tak boleh, Salim mintak tolong sorang Mat Salleh yang kebetulan tengah lalu-lalang kat situ. Mungkin Mat Salleh tu lebih tahu tentang pengeluaran wang melalui ATM di luar negara. Namun, Mat Salleh tu cuba pun tak boleh jugak. Dia pelik kenapa duit Salim tak boleh dikeluarkan.

Salim masih menemui jalan buntu, dan penerbangannya untuk pulang ke tanah air semakin hampir. Cepat betul masa berlalu pada waktu itu.

Setelah berhempas pulas mencari jalan untuk mengeluarkan wang, akhirnya pesawat Salim pun berlepas, meninggalkan Salim di lapangan terbang

Salim terkandas. Salim keliru. Salim tak tahu nak buat apa. Salim keseorangan di airport tanpa ada teman. Salim tiada duit untuk bermalam. Salim merasakan dunia seolah-olah gelap gelita ketika itu.

"Macam mana aku nak balik Malaysia ni?" bisik hati pilu Salim.

Image via jackngu.com

Tiada jalan keluar, Salim terpaksa memohon pertolongan daripada 'Pak Supir' yang membawa Salim bersiar-siar di sana.

Dipendekkan cerita, Salim berjaya juga mendapatkan sejumlah wang. Salim membeli tiket baru untuk pulang ke Malaysia keesokan harinya, dan terpaksa membayar RM600 untuk satu tiket penerbangan one-way. Mahal gila!

Sepatutnya Salim kena bayar fiskal tak sampai RM150 pun. Tapi tak pasal-pasal Salim kena beli tiket baru yang berharga RM600!

Ini semua berpunca daripada kecuaian Salim yang tak mengaktifkan kad ATM terlebih dahulu bagi pengeluaran wang di luar negara. Sebelum pergi ke Indonesia, Salim yakin yang dia takkan spend lebih daripada duit yang dia bawak tu. Dia jugak yakin duit RM300 dalam akaun tu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa perlu dimaklumkan kepada pihak bank.

Tapi Salim silap, dan Salim serik untuk mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Kisah Salim ini sungguh memilukan dan memang patut dijadikan pengajaran. Kami dari TSG #KasiJadi pun tak nak perkara yang sama berlaku kepada anda semua bila travel.

Kita travel nak happy happy. Bukan nak sedih macam Salim.

Image via TSG #KasiJadi

Oleh itu, kami rasa terpanggil untuk memberitahu anda langkah demi langkah macam mana nak aktifkan kad ATM untuk membolehkan anda keluarkan duit dari akaun bank tempatan, walaupun ketika itu anda berada jauh beribu batu di ceruk benua yang berasingan.

Disclaimer: Kami hanya tunjukkan cara pengaktifan melalui maybank2u sahaja. Kalau bank lain kami memang tak tahu dan tak pernah try. Maafkan kami yang noob ini ya.

Okay, boleh baca kat bawah ni:

Step 1: Bukak maybank2u.com dan login lah apa lagi

Image via Maybank 2U

Yang ni tak payah ajar pun takpe. :P

Step 2: Dah masuk? Good. Sekarang klik kat 'Card Management' yang kami petakkan kat bawah tu.

Image via Maybank 2U

Sangat straight to the point.

Step 3: Seterusnya, klik pada 'Overseas ATM Facility'

Image via Maybank 2U

Atau dalam Bahasa Malaysia: 'Kemudahan ATM Luar Negara'. Pun straightforward jugak.

Step 4: Klik pada petak '--Please select--' dan pilih 'Activation' kemudian klik 'Continue'

Klik 'Please select'.

Image via Maybank 2U

Klik 'Activation' dan 'Continue'.

Image via Maybank 2U

Step 5: Tetapkan durasi pengaktifan kad ATM

Image via Maybank 2U

Durasi ini bersifat fleksibel. Sukati koranglah nak aktifkan berapa lama. Contohnya, katakanlah korang pergi overseas untuk 15 hari, aktifkan lah 15 hari.

Tapi kami lebih syorkan korang untuk aktifkan SETAHUN terus. Lagi senang, tak payah pening kepala. Bukannya kena charge pun.

Jangan lupa tekan 'Continue' lepas dah tetapkan durasi.

Step 6: Klik 'Request for TAC'

Image via Maybank 2U

Sama jugak macam buat transaksi online banking yang lain, yang ni pun perlukan pin TAC. Oleh itu, pastikan phone berada di sebelah anda ya.

Lepas dah masukkan TAC, tekan 'Confirm'.

Step 7: Selesai. Hooray!

Successful!

Image via Maybank 2U

Haaa barulah boleh melancong worry-free! Cuma pastikan dalam akaun tu ada duitlah. Kalau duit tak ada, apa pun tak boleh ye dok.

Amacam? Mudah kan?

Dab itu tanda setuju!

Image via TSG #KasiJadi

Serius senang sangat. Tak payah pergi kaunter pun boleh buat. Tak sampai 2 minit dah siap. Itu pun masih ramai yang malas nak buat.

Jadikanlah ini sebagai satu inisiatif sebelum anda semua travel pada masa akan datang. Dah masuk tahun baru ni, kenalah upgrade ilmu sikit. ;)

Sekali lagi, kami nak minta maaf sebab hanya fokuskan pada maybank2u sahaja. Kalau ada siapa-siapa yang tahu pakai perkhidmatan bank lain, mungkin boleh tolong kongsikan jugak? Sama-sama kita belajar agar dapat dimanfaatkan buat para traveler di luar sana.

Selamat melancong semua! :)

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

A photo posted by TSG #KasiJadi (@tsgkasijadi) on

Dengar cerita ramai yang dah try 'Rentas Ropeswing' ni. Mesti best kan?

You may be interested in: