seismik

“Sila Duduk Dan Jangan Lari” Dan 3 Lagi Jenaka YDPA Yang Mencuit Hati Rakyat Jelata

Baginda memang terkenal dengan sifat baginda yang tidak mementingkan protokol.

Cover image via YouTube Berita Harian Online

Hari ini, 17 Julai, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan telah merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dataran Parlimen

Sewaktu acara perasmian itu, Yang di-Pertuan Agong secara berseloroh telah menitahkan supaya semua Ahli Parlimen duduk dan tidak lari sebelum memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat sekali gus telah menceriakan suasana pagi pembukaan persidangan tersebut.

“Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum.

Image via Tular

Dalam titah baginda selepas itu, Seri Paduka mahu supaya Ahli Parlimen yang dipilih menggalas tugas-tugas dan titipan amanah yang diberikan dengan jujur serta penuh dedikasi.

Katanya, pemilihan berkenaan adalah satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul dengan penuh wibawa oleh itu, baginda percaya Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang dan dapat merangsang dinamik berfikir.

"Bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasusila, supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat serta dunia luar," titahnya dalam ucapan.

Adalah dipercayai bahawa baginda merujuk titah berkenaan kepada insiden menjelang upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam, 16 Julai

Telah berlaku satu kekecohan di Dewan Rakyat berikutan bantahan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang dari UMNO dan PAS terhadap perlantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff dilantik Speaker Dewan Rakyat

Image via Berita Harian

Kesemua ahli pembangkang itu tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut, mendakwa pelantikan Speaker adalah tidak mengikut 'Point of Order' atau Peraturan 4(1) Parlimen.

Semua wakil BN dan PAS, kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman bertindak meninggalkan dewan sebagai tanpa memprotes cara pelantikan Speaker.

Mereka mendakwa pelantikan Mohamad Ariff tidak mengikut peraturan yang ditetapkan namun begitu semua Ahli Parlimen terbabit masuk semula untuk mengangkat sumpah di depan Mohamad Ariff.

YDPA selama ini memang dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

Baginda juga memang terkenal dengan sifat baginda yang tidak mementingkan protokol.

Image via Sarawak Voice

Berikut antara beberapa seloroh baginda yang telah mencuit hati rakyat:

1. YDP Agong kecek kelate ketika bertitah

2. YDP Agong minta izin minum air sekejap sewaktu bertitah

3. "Ketuk meja ke?"

Tidak hairanlah jika baginda menjadi seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat Malaysia. Daulat Tuanku!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: