Selangor Cadang Untuk Jadi Pengeluar Ganja Terbesar... Tapi Bagi Tujuan Perubatan

Cadangan tersebut telah dibahaskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 20 Mac yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) mencadangkan kepada Kerajaan Selangor agar mempertimbangkan penanaman ganja di negeri ini bagi tujuan perubatan

Image via Iluminasi

Munurut Mohd Shaid Rosli, ADUN Jeram, penanaman tanaman ganja bukan satu kesalahan jika ianya diusahakan bagi tujuan perubatan. Baklan undang-undang negara juga membenarkan perkara itu dilakukan.

ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli.

Image via OhBulan

“Akta Dadah Berbahaya 1952 menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Kajian penanaman ganja secara menyeluruh telah pun dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mohamed Isa Abd Majid.

Image via Google

Tambah Mohd Shaid, “Satu kajian bagi tanaman ganja juga pernah dibuat Prof Datuk Dr Mohamed Isa Abd Majid dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan.

“Kajian ini antara lain untuk menjadikan industri ini sebagai tanaman komersial bagi tujuan penyelidikan, perubatan serta eksport."

Cadangan tersebut telah dibahaskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 20 Mac yang lalu

Menurut Mohd Shaid, tanaman ganja mampu memberi pulangan besar iaitu sekurang-kurangnya RM9 juta setahun bagi keluasan tanah 0.4 hektar meliputi tiga kali proses penuaian.

“Jumlah ini melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya memperoleh sekitar RM3,000 bagi tanaman berkeluasan sama.

“Diandaikan Kerajaan Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 40 hektar, negeri ini akan jadi pengeluar tanaman ganja terbesar di negara ini," ujarnya.

Image via Tempo Dunia

Cadangan itu bagaimanapun disanggah ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad yang mempersoalkan masalah penyalahgunaan ganja yang mampu menghasilkan dadah lain seperti candu dan morfin yang mana adalah ubat berbahaya yang harus dikawal.

"Dan saya juga seorang doktor yang mana saya tahu masalah mengenai ubat terkawal ini yang memerlukan penguatkuasaan yang sangat baik," kata pakar perubatan itu.

Mengakui perkara itu, Mohd Shaid mencadangkan agar kawalan ketat dilaksanakan  bagi memastikan tidak ada sebarang penyalahgunaan berlaku.

“Tanaman ini dicadangkan dilakukan di kawasan tertentu yang hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja. Selain itu, undang-undang perlu diperkemaskan bagi mengelakkan berlaku urus niaga di pasaran gelap,” jelasnya.



LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment