Tiga Anak Muda Malaysia Harumkan Nama Negara Cipta Produk Berasaskan Ganja Di UK. Hebat!
Di Malaysia, kanabis disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiga orang rakyat Malaysia berbangsa Melayu telah berjaya mencipta nama di benua Eropah setelah melakukan kajian-kajian ilmiah mengenai kebaikan ganja jenis kanabis untuk faedah kesihatan manusia
Mereka telah pun memperolehi lesen daripada kerajaan United Kingdom (UK) untuk membuka syarikat dengan mencipta produk berasaskan kanabis mereka sendiri.
Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK) di mana persatuan ini memantau, memberi latihan praktikal, dan khidmat nasihat kepada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi menghasilkan produk-produk berkualiti di tahap paling maksima.
Syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, sedang berdiri sama tinggi dan mampu bersaing dengan 300 syarikat besar di Eropah lain yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.
Mereka bertiga yang sudah lebih 15 tahun menetap di UK telah pun mendapat kerakyatan Britain, begitu berani dalam menyahut cabaran menceburi bidang industri hemp Eropah.
Industri hemp merupakan salah satu industri yang sedang membangun pesat di benua Eropah serta negara-negara barat yang lain
Terdapat pelbagai kajian ilmiah telah dilakukan ke atas kanabis dan hemp bagi tujuan menghasilkan produk-produk yang selamat, berkualiti dan terjamin.
Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.
Di samping itu, kerajaan UK juga tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif kepada rakyatnya kerana rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan.
Kanabis juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK kerana kebanyakan rakyat di sana lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.
Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa
Badan-badan kerajaan tempatan dan persatuan CTA UK itu sendiri perlu memastikan penjual-penjual mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan meraka memandangkan kanabis merupakan tanaman dalam kawalan.
Menurut anak Malaysia itu sendiri, salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan pada awal penubuhan syarikat CBD Minyak Malaysia - Malaya Hemp™ adalah ketika mereka diserbu oleh pihak polis tempatan kerana telah disangkakan menjual kanabis tidak berdaftar, namun begitu, setelah berjaya mengemukakan beberapa dokumen bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen, akhirnya pihak polis tempatan memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Bagi anak-anak muda ini, pengalaman itu merupakan satu pengalaman baru buat mereka di sebuah negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang telus dan ketat dan berdasarkan pengalaman tersebut, mereka percaya banyak lagi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi di masa hadapan.
Idea mencipta minyak CBD ini tercetus daripada pengalaman salah seorang pengasas iaitu Mohd Roslan Abdullah yang berasa sedih di atas pemergian isterinya akibat masalah jantung dan tidak sempat diselamatkan menggunakan rawatan alternatif seperti kanabis
Selain itu, pengalaman pengasas lain iaitu Nurul Ain sendiri yang sebelum ini sering mengalami sakit tulang belakang akibat kesan daripada bersalin ceaser anak keduanya pada 2 tahun lepas turut menjadi pendorong kepada tercetusnya idea minyak CBD.
Nurul Ain yang mengamalkan minyak CBD mendapati sakit belakang yang dialaminya beransur pulih secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Oleh yang demikian, mereka bertiga tekad untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai khasiat kanabis terhadap kesihatan manusia memandangkan ramai rakyat di negara ini menggunakan minyak CBD sebagai makanan tambahan kesihatan untuk diamalkan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang dihasilkan secara sah ini bermanfaat pada sistem tubuh badan manusia kerana ianya mampu membunuh pertumbuhan sel-sel kanser, anti-radang, melambatkan pertumbuhan bakteria serta melindungi sistem saraf
Di samping itu, minyak CBD itu juga dapat dikatakan dapat membantu menangani masalah insomnia, epilepsi, alzheimer, autism, strok, HIV dan lain-lain penyakit kronik.
Minyak CBD yang sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C dan E dan antioksidan seperti klorofil dan lesitin di samping mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi.
Asid lemak tidak tepu ini membantu untuk menurunkan tahap kolesterol serta gula dalam darah dan dengan itu menguatkan sistem kardiovaskular. Oleh kerana penggunaan produk-produk berasaskan herba yang sangat tinggi serta menggalakkan.
Selain dari minyak CBD, syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ turut menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan lain-lain
Semua produk di bawah syarikat mereka adalah berasaskan kanabis dan hemp yang semakin hangat digunakan oleh negara-negara barat pada ketika ini.
Memandangkan produk-produk berasaskan kanabis ini mendapat pemintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, ia juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, keradangan dan mencegah kegatalan serta berhasil menjadikan kulit semakin lembap, sihat, cerah dan anjal bila disapu pada struktur kulit.
Pada masa yang sama, syarikat itu juga telah berjaya membawa masuk beberapa produk tempatan dari Malaysia untuk dipasarkan ke pasaran Eropah.
Minyak CBD telah berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna tempatan di UK dan negara-negara seluruh Eropah yang lain
Hasil jualan minyak CBD sahaja telah menghasilkan keuntungan syarikat menjangkau kira-kira 50 ribu pounds (RM260,000) sebulan. Justeru itu juga, tujuan anak-anak muda ini menamakan syarikat ini sebagai Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ adalah untuk mengharumkan dan menaikkan nama Malaysia itu sendiri di mata dunia khususnya di Eropah.
Di Malaysia, kanabis dan hemp disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya
Menurut portal kerajaan, MyHealth, kanabis adalah antara dadah yang sering disalahgunakan di Malaysia dan menyumbang sebanyak 16% populasi penyalahgunaan dadah dalam negara.