seismik

Selepas Covid-19, China Kini Berdepan Ancaman Virus hMPV Yang Semakin Merebak

Risaunya ada wabak baharu pula.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lebih lima tahun kes pertama Covid-19 dilaporkan di China, kini muncul pula satu lagi virus menyerang sistem pernafasan iaitu metapneumovirus (hMPV) yang semakin menular di negara itu

Menurut laporan Sinar Harian, pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia bertindak memberi amaran tentang wabak tersebut yang melonjak sejak pertengahan Disember 2024 dan menekankan tentang langkah penjagaan kebersihan.

Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (CDC) di Beijing turut menetapkan protokol untuk pelaporan makmal dan pengesahan kes bagi meredakan kebimbangan orang ramai.

"Data pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuk hMPV terutamanya di wilayah utara China. Kes baru-baru ini kebanyakannya melibatkan golongan berusia di bawah 14 tahun," katanya.

Difahamkan, sebahagian besar kes jangkitan pernafasan itu melibatkan golongan di bawah usia 14 tahun

Stesen penyiar CCTV mengesahkan jangkitan pernafasan yang menyerang pada musim sejuk kali ini berpunca daripada virus influenza selain hMPV sebagai penyumbang utama kes.

Pada akhir bulan Disember lalu, pihak berkuasa kawalan penyakit di Beijing turut merintis sistem pemantauan untuk masalah radang paru-paru tidak diketahui asal usulnya setelah peningkatan luar biasa kes sepanjang musim sejuk.

Antara gejala penyakit itu ialah batuk, demam, hidung tersumbat dan nafas berbunyi seperti wisel.

Bagi kes yang teruk, pesakit boleh mengalami bronkitis atau radang paru-paru terutamanya dalam kalangan bayi, warga emas dan golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Selain itu, golongan yang menghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau emfisema iaitu keadaan pundi udara dalam paru-paru mengembang sehingga individu sukar untuk bernafas adalah yang paling berisiko tinggi.

"Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Tempoh inkubasi adalah dari tiga hingga lima hari," katanya.

Image via Sinar Harian

Setakat ini, tiada vaksin spesifik atau rawatan antiviral tersedia untuk pesakit dan fokus utama merawat pesakit adalah bagi mengurangkan simptom mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: