seismik

Budak Perempuan 6 Tahun Di Seberang Perai Maut Selepas Tersepit Besi Meja Lipat

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit di celah besi sebuah meja lipat di Taman Seri Putera, Nibong Tebal semalam, 1 Januari

Menurut laporan Berita Harian, ketika kejadian, mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah dikatakan sedang bermain sendirian di bahagian belakang rumah sewa keluarganya kira-kira pukul 4.15 petang.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bersama kakak dan abang mangsa berusia sembilan tahun serta sepuluh tahun berada di dalam rumah.

Kejadian tersebut kemudian disedari ahli keluarganya selepas suara kanak-kanak tersebut langsung tidak didengari.

Image via Berita Harian

Kanak-kanak malang itu kemudian dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar

Ahli keluarga mangsa dikatakan cuba mendapatkan bantuan daripada jiran untuk menghantar mangsa ke hospital, namun mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Pihak forensik serta pegawai penyiasat melakukan siasatan di lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mayat dijangka akan dibedah siasat di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: