Pamer Bendera China Pada Replika Roket, Karnival Di Tangkak Diarah Tutup Serta-Merta
Kenapa letak bendera China pula hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Karnival Fantasi Lampu LED di Tangkak diarahkan tutup serta-merta gara-gara tindakan penganjur mendirikan struktur binaan berbentuk kapal angkasa ulang-alik (space shuttle) yang mempamerkan pelekat bendera negara China
Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Daerah Tangkak (MDT) menegaskan bahawa tindakan tersebut dilaksanakan kerana pihak penganjur didapati tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival yang dikenakan khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.
"Rabu lalu, pihak MDT telah menerima aduan mengenai tindakan penganjur karnival yang mendirikan struktur terbabit.
"Oleh itu, tindakan menurunkan struktur di Dewan Serbaguna Bukit Gambir itu telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian serta- merta telah dikeluarkan oleh pihak MDT kepada penganjur pada Khamis.
"Ia selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017 kerana perlanggaran syarat tersebut," katanya.
Hasil pemantauan lanjut yang dilakukan pada Khamis mendapati tiada lagi sebarang aktiviti berjalan dan karnival berkenaan didapati telah ditutup sepenuhnya
"Pihak MDT sentiasa menggalakkan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MDT dengan mematuhi syarat yang berkaitan.
"Bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!