[VIDEO] 7 Sekeluarga Dah 3 Bulan 'Tinggal' Dalam Kereta, Sampai Ada Yang Tidur Dekat Bonet
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim sempat memberikan bantuan kepada mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia dan juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam iaitu Steven Sim telah memuat naik video beliau membantu tujuh sekeluarga yang dalam kesusahan
Menerusi video yang dikongsi di laman X, beliau menziarah keluarga itu yang sudah menetap di dalam kereta selama tiga bulan akibat ditipu oleh scammer ketika ingin menyewa rumah.
Menurut bapa kepada lima orang anak itu, dia sudah membuat bayaran deposit sebelum dihalau keluar dari rumah sewa mereka.
Difahamkan, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hilmi sebelum ini adalah pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka.
Pasangan suami isteri berkenaan sebak semasa terima bantuan
Ekoran simpati dengan nasib tujuh sekeluarga itu, Steven Sim menyediakan rumah baharu dengan bayaran sewa setahun, membeli barangan keperluan rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk bersekolah semula.
Beliau turut menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 bagi meringankan beban mereka sekeluarga.
Hilmi dan isterinya tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik saja menerima pelbagai bantuan demi kelangsungan hidup mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!