Viral 'Amoi' Belanja Tarian Mencolok Mata Di Kelantan, Kerajaan Siasat Penganjur Majlis
Difahamkan, majlis makan malam itu berlangsung di sebuah dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang penari wanita berpakaian mencolok mata sakan bergelek di sebuah majlis makan malam
Menurut laporan Harian Metro, kertas siasatan telah dibuka terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat apabila dewan sekolahnya dijadikan lokasi majlis berlangsung dan melanggar peraturan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sudah diarah melakukan siasatan itu.
"Saya sendiri baru mengetahui perkara itu hari ini dan kertas siasatan sudah dibuka. Pihak penganjur dan pihak sekolah akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka.
"Difahamkan, majlis makan malam syarikat perlombongan emas itu berlangsung semalam menggunakan dewan sebuah SJKC di Tanah Merah.
"Pihak penganjur dan sekolah melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 (Kesalahan Tiada Lesen) yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Hasil semakan dengan MDTM juga mendapati pihak penganjur tidak membuat sebarang permohonan permit untuk penganjuran acara itu
"Kita difahamkan sebahagian besar tetamu adalah pelombong dari Tanah Besar China yang menjalankan kerja lombong sekitar Sokor, Tanah Merah dan pekerja syarikat serta tetamu luar.
"Terdapat beberapa tetamu juga terdiri daripada penduduk tempatan beragama Islam yang bekerja dengan syarikat berkenaan.
"Kita kesal dengan tindakan pihak penganjur yang menyediakan hiburan seperti itu selain menjadikan dewan sekolah untuk acara hiburan berkenaan," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!