Geng Berpurdah Cetus Bualan, Didakwa Dahaga Attention Walaupun Bertutup Litup
"Purdah nak avoid attention, tapi diaorang masih dahaga attention" - Netizen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai wanita Muslim, adalah menjadi kewajipan untuk setiap individu menutup aurat dengan sempurna
Selain memakai tudung labuh, ada juga wanita yang memilih untuk berniqab demi menjaga ikhtilat dan batas dengan bukan mahram.
Namun begitu, seseorang itu perlulah membetulkan dahulu niatnya sebelum memutuskan untuk memakai purdah dan terus istiqamah di jalan Allah SWT.
Tular baru-baru ini sebuah video seorang wanita menunjukkan kompilasi videonya menikmati makanan sambil memakai purdah telah mencuri tumpuan ramai.
Didakwa masih dahaga attention dan tergedik-gedik depan kamera?
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di laman X bernama @maafcakaplah (X), dia menasihatkan kepada kaum wanita yang memakai purdah untuk tidak bermain media sosial dan menunjukkan lifestyle kepada orang awam.
"Kalau kau dah level pilih pakai purdah, akak nasihat stop la engagements dalam medsos ni. Tak payah la try hard nk tunjuk lifestyle kau, nak berzumba ke, nak makan ke.
"Patut kau dah focus on spiritual journey kau dah. Ini kau pun sama tergelek-gelek, tergedik-gedik macam belen, macam mana orang nak respect?" katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!