Percaya Tak? Anda Hanya Perlu Spend RM22 Untuk Makan Seharian Jika Duduk Di Lembah Klang
Korang selalu spend berapa ringgit untuk makan seharian?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, sebuah kajian memaparkan anggaran kos makanan seharian bagi mereka yang menetap di Lembah Klang
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @TheFuturizts di laman X, Belanjawanku Study berkongsi jumlah kos makanan seharian bagi seorang individu, iaitu termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan minum petang.
Jika anda tinggal di Lembah Klang, Belanjawanku Study menganggarkan anda hanya perlu berbelanja RM22 sehari untuk makanan.
• Sarapan pagi: RM4.90
• Makan tengah hari: RM9.00
• Makan malam: RM6.50
• Minum petang: RM1.90
Jumlah: RM22/sehari
Kos bulanan: RM660
Namun begitu, @TheFuturizts turut menunjukkan realiti harga makanan sekarang yang tidak boleh dinafikan memang mahal
Realitinya, gerai nasi ekonomi mengenakan caj RM10-15 sepinggan sekarang. Gerai penjaja seperti nasi lemak dan chee cheong fun pula mengenakan bayaran RM8 hingga 10.
Manakala minuman pula, kosnya boleh naik dengan mudah sehingga RM15 ke RM20, yang merupakan keseluruhan belanjawan harian anda berdasarkan kajian.