Rakyat Malaysia & Indonesia Dinobat Paling Malas Jalan Kaki Dalam Dunia
Serius lah?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, baru-baru ini, kajian oleh global Universiti Stanford telah menyenaraikan negara-negara yang kurang aktiviti berjalan kaki
Berdasarkan kajian tersebut, apa yang mengejutkan ialah Malaysia berada di tangga ketiga dalam dunia. Manakala, tempat pertama ialah Indonesia.
Difahamkan, kajian terbesar itu melibatkan 717,000 individu dari 111 negara di seluruh dunia dan mengambil kira jumlah purata langkah harian setiap individu.
Rakyat Indonesia hanya mencatat 3,531 langkah sehari, di mana jauh lebih rendah dari purata global iaitu sekitar 5,000 langkah.
Malaysia pula mencatat 3,963 langkah sehari dan meletakkan negara kita dalam tiga teratas senarai tersebut.
Antara faktor utama kenapa kenapa rakyat malas berjalan adalah:
1. Laluan pejalan kaki sering kali digunakan untuk parkir motor, dijadikan lokasi berniaga, atau tidak wujud langsung di sesetengah kawasan.
2. Di Indonesia dan Malaysia, penggunaan motosikal dan kereta adalah lebih utama.
3. Faktor cuaca panas terik di negara tropika juga memainkan peranan.