seismik

Selfie MH17 Azwan Ali Cetus Perang Dengan Sharnaaz. Apa Kesudahannya?

Sebelum mengambil selfie, pastikan anda berada di tempat yang sesuai dan tidak menimbulkan kemarahan orang sekeliling.

Cover image via SAYS.com

“Dia Tu Siapa? Dia Ingat Aku Selfie Masa Tengah Bertafakur Ke?" Selar Azwan Ali Terhadap Sharnaaz

Bercakap kepada portal Murai secara eksklusif pada 26 Ogos 2014, Azwan Ali menafikan yang beliau tidak sensitif dengan mengambil selfie ketika negara sedang bertafakur seperti yang ditegur oleh artis muda, Sharnaaz Ahmad baru baru ini.

rotikaya.com

Azwan Ali tempelak Sharnaaz behubung isu selfie-nya semasa hari berkabung MH17 pada 22 Ogos 2014.

Image via murai.com.my

“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal!"

murai.com.my

“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfe ketika negara sedang bertafakur. Ini Azwan Ali, memang aku ‘no bother’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar,” kata Azwan Ali.

murai.com.my

Sementara Itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez Dikatakan Bakal Memanggil Kedua-Dua Selebriti Ini Bagi Menyelesaikan Kemelut Yang Melanda

"Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,” jelas Freddie.

Image via imgur.com

“Untuk aktiviti ringan dan hiburan, bolehlah nak selfie. Kita haruslah menghormati suasana pilu di hari perkabungan tersebut walau dengan macam mana riak muka sekalipun, ia tetap tidak sesuai."

ohbulan.com

"Apa yang ditegur Sharnaaz itu ada betulnya dan saya berharap Azwan Ali akan lebih sensitif selepas ini. Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras’ masing-masing. Cukup-cukuplah tu. Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,” jelas Freddie.

ohbulan.com

25 Ogos: Diana Rafar Dan Amir Raja Lawak Dedah Sisi Azwan Ali Yang Ramai Tak Tahu

Diana Rafar dan Amir Raja Lawak.

Image via SAYS.com

Ali Azwan Ali ketika ini sedang dikecam masyarakat selain sedang bertarung lidah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad kerana selfie kontroversinya. Namun sedang perkara ini berlarutan, pelakon Diana Rafar pula memberi komen positif tentang Azwan Ali.

negaraku.my
Image via Hotlips Corner

Menerusi Laman Instagram, Amir Raja Lawak Turut Memberi Komen Positif Terhadap Azwan Ali

Image via Hotlips Corner

Pada Hari Berkabung Malaysia Sempena Menyambut Kepulangan Jenazah Mangsa MH17 22 Ogos Lalu, Pengacara Sensasi, Azwan Ali Memuat Naik Gambar Selfie-nya Menggunakan Monopod Ketika Bertafakur Di Dataran Merdeka

Image via ohmedia.my

Gara-Gara Situasi Yang Dianggap Tidak Sesuai Untuk Mengambil Selfie, Pelakon Popular, Sharnaaz Ahmad Menempelak Tindakan Azwan Itu Dengan Berkata "Jangan Sampai Orang Kapan Dia Nanti Dengan Monopod Sekali"

Image via SAYS.com

Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan Azwan Ali yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

bharian.com.my

Seperti Yang Dijangkakan, Azwan Ali 'Menyerang' Sharnaaz Semula Dengan Melontarkan Kata-Kata Pedas Di Laman Twitter Sambil Menggelarnya Artis "Sangkak Murahan" Dan "Level Lubang Jamban"

Image via imgur.com

Azwan Ali Menghangatkan Lagi Peperangan Dengan Mengungkit Kisah Percintaan Lama Antara Sharnaaz Dan Shila Amzah Yang Terkandas Di Tengah Jalan

Image via imgur.com

Percintaan Sharnaaz dan Shila Amzah terkandas di tengah jalan.

Image via murai.com.my

Lebih Hebat Lagi, Azwan Ali Yang Menggelar Dirinya Sebagai Diva Turut Menyelar Dan Menghina Orang Melayu Menerusi Hashtag #MelayuLaknatullahMsia

Image via wp.com

Sharnaaz Yang Berang Dengan Lemparan Kata-Kata Kesat Oleh Azwan Ali Bertindak Memuat Naik Sebuah Posting Di Instagram Meminta Azwan Ali Mohon Maaf Kepada Bangsa Melayu Sebelum Terlambat

Image via imgur.com

Apa Pula Reaksi Orang Ramai? Dari Pemerhatian SAYS, Masing-Masing Mempunyai Pendapat Yang Sama Seperti Sharnaaz, Malah Tiada Pula Yang Menyokong Azwan Ali Dalam Isu Ini

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Pendapat Anda Pula Bagaimana?

JUGA DI SAYS: Bagaimana Kontroversi Wardina Safiyyah Dan Ustaz Don Boleh Tercetus?

You may be interested in: