seismik

Selfie Selepas Solat Tarawih Boleh Hapuskan Pahala Ibadah Puasa. Serius

Sia-sia sahaja pahala puasa. Tapi bergantung pada niat juga.

Cover image via electronicintifada.net

Selfie sememangnya sudah menjadi trend orang zaman sekarang, tak kiralah golongan muda ataupun tua. Pergi mana-mana mesti kena selfie. Tengah jalan pun boleh.

Termasuklah pergi ke masjid atau surau. Kita sendiri boleh lihat orang ramai memuat naik gambar selfie bertelekung, bersongkok dan berbaju melayu, dengan berlatarbelakangkan tempat, jemaah, atau imam.

Dalam menempuh Ramadan yang penuh barakah ini, timbul satu persoalan iaitu "Apakah hukum selfie?"

Image via tumblr.com

Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal selfie adalah harus tetapi...

Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim.

Image via Facebook Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

... ia boleh berubah mengikut keadaan. Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus.

Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang selfie mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

"Apabila selfie sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak selfie maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah SWT berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia," katanya.

bharian.com.my

Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, beliau berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi

"Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram."

"Pada masa sama, perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya," jelasnya lagi.

bharian.com.my

Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya selfie perlu dilihat daripada sudut positif

Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Image via www.sinarharian.com.my

“Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika selfie maka itu antara dia dengan Allah S.W.T., bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan."

“Mungkin dengan cara selfie di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan."

"Tak salah sekiranya gambar yang dikongsi bersama friends atau followers itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik," katanya.

amanz.my

Berlainan pula pendapat Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut. Beliau berkata semasa beribadah kita perlu tinggalkan alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah kepada seluruh dunia.

Datuk Nooh Gadut.

Image via www.rotikaya.com

"Apa tujuan kita ke masjid? apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar selfie? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada."

"Riak dan takabbur ini menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri hendak sembahyang ke hendak berselfie?"

"Ibadah sama seperti bersedekah, konsepnya jika tangan kanan memberi, tangan kiri tidak sepatutnya tahu. Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial. Tidak ada gunanya kalau pergi beribadat di masjid dan pulang tanpa dapat pahala," jelas Datuk Nooh.

astroawani.com

Sementara itu, pelakon Johan As'ari melalui Instagram berasa hairan kenapa selfie selepas beribadah boleh hapuskan pahala puasa

Gambar di atas disertakan dengan kapsyen di bawah:

Pelik Pulak ana bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim d Malaysia..hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie.. mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas… tak apa lah.. kita husnuzon… oh, btw this is Siraj my pal from New Zealand. keep smiling brothers and sisters. . .perkara riak ALLAH s.w.t. boleh maafkan lagi, jangan sombong sudah… setuju?
Setuju ke tak setuju ku tak Kesah, kerja keras akhirnya bebas gempak !pak pak pak pak pak !!! Hihihii.. terima kasih @kakaazraff and @marinajuki sudi belanja baju #bukanHALaku ni. Tqsm. :-)

#johanarrif
#niatbelajar

instagram.com

Apa-apa pun, sama-sama kita dalami bulan Ramadan yang mulia ini dengan menjalankan ibadah seikhlas hati kepada yang Maha Esa. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada yang lalu.

Image via santabanta.com

Kalau terpekik-pekik macam ini rasanya boleh hilangkan pahala puasa juga:

You may be interested in: