seismik
Lupakan Kasut Hipster Lain, Selipar Bata RM12 Tun M Adalah 'Hype' Terbaru
Duduk dengan rendah diri. :)
Cover image via
Bata / Instagram @azranshah
Baru-baru ini, satu sedutan Instagram Story dari seorang pengguna @azranshah memaparkan Tun M menjadi perhatian umum kerana satu sebab:
Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Mahathir dilihat hanya memakai selipar klasik jenama Bata ketika sedang bermain dengan telefon pintar beliau.
Image via Instagram @azranshah
Ketika artikel ini ditulis, sedutan tersebut yang dimuat naik di Facebook Suara Rakyat Suara Keramat telah mendapat lebih 1,000 perkongsian
Masing-masing menganggap Tun M berjaya menjadikan jenama Bata hebat di mata masyarakat.
Image via Suara Rakyat Suara Keramat / Facebook