seismik

Bagaimana Tun M Kekal Sihat & Awet Muda? Netizen Merasakan Jawapannya Ada Pada Gambar Ini!

Jawapan untuk soalan panas itu ada di sini!

Cover image via Facebook Marina Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat kemunculan semula dalam politik apabila beliau mengetuai Pakatan Harapan (PH) untuk mengakhiri cengkaman 60 tahun Barisan Nasional (BN) atas kuasa persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

15 tahun selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Negara ke-4 pada 2003, Tun Mahathir kini kembali mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada usia 92 tahun pada 10 Mei 2018 yang lalu.

Tun Mahathir, yang memegang jawatan tersebut sebelum ini selama 22 tahun, juga telah diiktiraf sebagai pemimpin terpilih yang tertua di dunia.

"Pada usia 92 tahun 141 hari, beliau merupakan Perdana Menteri semasa tertua yang dilahirkan pada 20 Disember 1925," catatan yang diterbitkan di Guinness World Records, 11 Mei.

Kebangkitan semula politik Tun Mahathir ini membuatkan ramai orang merasakan bahawa beliau telah berjaya mengekalkan kesihatan dan fikirannya walaupun pada usia lanjut.

Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya - apakah “rahsia” beliau?







Satu gambar yang menular di media sosial baru-baru ini seolah-olah mempunyai jawapan kepada soalan emas itu

Gambar yang viral itu menunjukkan Tun Mahathir bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah di meja makan sebelum menjamu selera.

Walaupun gambar tersebut kelihatan seperti gambar biasa, namun para netizen dengan cepat memperhatikan kuantiti nasi di atas pinggan beliau.

"Patutlah Tun sihat wafiat umur dah 93 tahun. Tengok nasi tu kalau kita memang tak cukup secubit tu. Sekali suap habis," tulis caption yang dikongsi pada halaman Facebook Cempedak Cheese.

Ramai netizen telah menyuarakan pendapat mereka mengenai diet Tun Mahathir







Gambar yang viral itu sebenarnya bukanlah gambar terkini

Ia pertama kali dikongsi oleh anak sulung Tun Mahathir iaitu Datin Paduka Marina Mahathir pada tahun 2015 selepas berita tentang Tun Mahathir jatuh demam dan sakit dada muncul.

Walaupun begitu, gambar tersebut telah mendapat perhatian ramai tentang pengamalan dietnya, yang mana Marina menjawab di dalam komen beliau, "Saya tidak menyedari bahawa gambar itu akan memberi inspirasi kepada anda semua untuk makan lebih sihat!"

Tun Mahathir sebelum ini pernah beberapa kali bercakap tentang bagaimana beliau menjalani gaya hidup sihat

Image via Bloomberg

Dilabel sebagai 'lelaki politik tertua di Malaysia', Tun Mahathir tetap konsisten apabila menceritakan rahsia awet mudanya.

Pada tahun 2013, Tun Mahathir yang berusia 88 tahun ketika itu berkata, "Ramai bertanya kepada saya bagaimana saya berjaya bertahan selama ini, (ia terletak pada) perkara-perkara yang mudah... jangan terlalu banyak makan, jangan makan terlalu banyak,"

"Ianya sukar buat saya... tapi saya tidak makan terlalu banyak, saya tidak merokok dan saya tidak minum."

Apabila ditanya bagaimana usianya tidak pernah melambatkan dirinya, beliau berkata,

"Ketika saya ditanya tentang kesihatan saya, saya tidak merokok, saya tidak minum (alkohol), saya bersederhana ketika makan, tidak kira betapa lazatnya makanan itu.

Mahathir juga memegang kata-kata hikmah ibunya, "Ibu saya selalu memberitahu saya bahawa apabila makanan itu enak, itulah masa anda harus berhenti makan."



Bloomberg dalam satu laporan baru-baru ini juga mendedahkan beberapa kebiasaan Tun Mahathir mengenai bagaimana beliau mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Menurut Perdana Menteri kita, rutinnya termasuklah bangun pada jam 6.30 pagi setiap hari, berjalan kaki, berbasikal, dan menunggang kuda.

Tun Mahathir juga merupakan seorang yang sentiasa mengamalkan latihan mental seperti yang beliau katakan, "Baca dan tulis. Latih otak anda."

Adakah anda bersetuju dengan nasihat Tun Mahathir ini tentang bagaimana untuk kekal sihat? Kongsikan komen anda di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel tentang Tun Mahathir di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: