seismik

[VIDEO] Mangsa Maut Dalam Kes Langgar Lari Viral Ini, Polis Buru Lelaki Tunggang Motosikal

Mangsa, Foo Swee Wah, 58, telah dipercayai maut akibat kecederaan parah pada kepala kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Cover image via Yuan Loong/Facebook

[TERKINI] Polis berjaya berkas suspek kes langgar lari viral di Georgetown

Foo Swee Wah terbunuh selepas dia dilanggar oleh seorang penunggang motosikal yang melanggar lampu merah di lintasan pejalan kaki di Jalan Burma, berhampiran Balai Polis Pulau Tikus, semalam.

"Suspek telah ditahan di Hospital Pulau Pinang dan kemudian dibawa ke daerah timur laut stesen polis trafik".

"Suspek turut cedera akibat kemalangan itu," kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.dalam satu kenyataan pada Jumaat. Walau bagaimanapun, polis masih belum mendedahkan identiti suspek tersebut.

6 APRIL, 1.20PM: Sejak semalam lagi, tersebar sebuah video menunjukkan satu insiden langgar lari di mana seorang wanita warga emas telah tercampak dan cedera dilanggar oleh sebuah motosikal

Image via The Reporter

Video ini telah dimuatnaik oleh Yuan Loong yang kini viral di Facebook dan telah ditonton 1.8 juta kali dan dikongsi sebanyak 1.7 ribu kali oleh netizen.

Insiden ini telah berlaku di Pulau Tikus, Georgetown pada pukul 1.20 tengahari semalam, 6 April 2017. Video insiden ini juga turut dikongsi oleh anak kepada mangsa, Cheeah Min Kuok yang menunjukkan rakaman CCTV berhampiran dengan kawasan tersebut.

Dalam video tersebut, lampu isyarat sedang menunjukkan lampu merah dan kenderaan lain masih lagi berhenti. Namun 3 saat kemudian, motor ini muncul dan terus melanggar wanita tersebut

Video yang diambil oleh Yoong Luan ini turut menunjukkan mangsa ini tidak sedarkan diri selepas dilanggar manakala buah-buahan yang dibawa penunggang motosikal berterabur di atas jalan.

Yang paling menyedihkan, penunggang motosikal tersebut tidak langsung memandang belakang ataupun memberhentikan kenderaannya untuk melihat keadaan wanita yang dilanggarnya itu.

Aksi penunggang motosikal itu telah membuat ramai netizen marah dan ramai antara mereka yang telah berkongsi video ini di laman sosial.

Mangsa yang dikenali dengan nama Foo Swee Wah ini telah dipercayai meninggal dunia pada pukul 8.45pm, malam semalam

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia pada pukul 8.45 malam di Hospital Pulau Pinang malam tadi selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan kakinya patah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata pembedahan siasat akan dijalankan untuk menentukan punca kematian.

Tangkapan masih lagi tidak dilakukan walaupun pihak polis telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal dan telah mengeluarkan amaran awam bagi menggesa pelakunya untuk menyerah diri

"Saya dengan ini memberi amaran kepada penunggang motosikal tersebut. Penyerahan diri kepada pihak polis dengan serta-merta atau kami akan memburu anda," Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid memberi amaran.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pemanduan yang cuai sehingga mengakibatkan kematian. Kesalahan ini akan membawa hukuman penjara 2 hingga 10 tahun, denda sehingga RM20,000, dan penggantungan lesen memandu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini adalah tips sekiranya anda berhadapan dengan kemalangan:

You may be interested in: