seismik

[SHARE] 4 Srikandi Islam Terulung Sepanjang Zaman Menurut Rasulullah

Sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac ini, apa kata kita jejak kembali kisah-kisah wanita terunggul pada zaman kebangkitan Islam.

Cover image via mafhum.blogspot.com

Sabda Rasullah S.A.W: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita. Mereka itu adalah Asiah Binti Muzahim, Maryam Binti Imran, Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad."

Gambar sekadar hiasan.

Image via muslimvillage.com

Siapakah mereka dan mengapakah mereka merupakan wanita paling hebat? Mari kita jejak kembali riwayat hidup wanita-wanita ini.

1. Asiah Binti Muzahim - Isteri Fir'aun

Gambar sekadar hiasan.

Image via plus.google.com

Asiah adalah simbol kekuatan bagi kaum wanita yang beriman kerana dia sanggup mempertahankan keimanannya kepada Allah walaupun dia perlu mengharungi kehidupan dengan suaminya, Fir’aun yang tidak beriman kepada Allah.

Asiah pernah berkata:

“Wahai Fir’aun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan itu dikatakan oleh Asiah tatkala menerima seksaan dari Fir’aun

Ketabahan Asiah memelihara syahadah Allah S.W.T telah diabadikan di dalam Al-Quran, menerusi surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud.

"Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim"

Dialah wanita paling bijaksana dan berpandangan jauh. Dia tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya walaupun suaminya seorang yang kejam. Malahan, dia memilih untuk bersabar.

Dia menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah.

cahayapurnama.com

2. Maryam Binti Imran - Ibu Nabi Isa

Gambar sekadar hiasan.

Image via faithinallah.org

Maryam binti Imran adalah ibu kepada Nabi Isa A.S.

Apabila Maryam dewasa, dia pulang ke kampungnya di Nasharat. Di sinilah dia mendapat amanat agung bahawa dia akan mengandung seorang anak lelaki.

Sebagaimana Allah abadikan kisah ini di dalam Al-Qur’an surah Maryam ayat ke 42 & 45 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (di masanya)'”. (Maryam: 42).

“(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Masih ‘Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).” (Maryam: 45)
.

Maka Allah S.W.T menunjukkan kebesaranNya dengan meniupkan roh melalui Malaikat Jibril ke dalam rahim Maryam. Apabila Maryam pulang ke Jerusalem, dia dalam keadaan mengandung.

Disinilah bermula keimanan dan ketaqwaan Maryam apabila dia diuji dengan pelbagai fitnah yang menghujani dirinya. Masyarakat memandangnya dengan buruk dan menuduh dia sebagai seorang penzina.

wordpress.com

3. Siti Khadijah Binti Khuwailid - Isteri Rasullah S.A.W

Gambar sekadar hiasan.

Image via themuslimvibe.com

Siti Khadijah binti Khuwailid adalah wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia dikenali sebagai ‘Ummul Mukminin’ iaitu ibu orang mukmin.

Khadijah adalah seorang wanita yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan.

Isteri Rasulullah ini adalah wanita muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Dia telah melakukan tugas yang hebat sebagai pendamping dan isteri Rasullah S.A.W. Dia telah memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah S.A.W. Meskipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun dia berjaya membantu ekonomi keluarga dan juga masyarakat sekitarnya.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”

Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah S.W.T. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran.

Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia.

cahayapurnama.com

4. Fatimah Binti Muhammad - Puteri Rasulullah S.A.W

Gambar sekadar hiasan.

Image via faithinallah.org

Fatimah Binti Muhammad adalah puteri kepada Rasullah S.A.W.

Situasi yang dihadapi keluarganya, membuatkan Fatimah kehilangan keseronokan semasa kecilnya. Tetapi Fatimah tidak pernah menyesal, dia rela meninggalkan masa kanak-kanaknya untuk menghadapi derita bersama keluarganya. Semenjak Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam, kaum Quraisy menjadi kejam terhadap keluarga mereka.

Fatimah menghadapi berbagai tindakan kekerasan dari mereka yang tidak mahu menerima ajaran Islam. Walaubagaimanapun, Fatimah gembira kerana keadaan ini membuatkan hubungan keluarga mereka kembali erat.

Sejak kecil, Fatimah telah mengalami derita penganiayaan bersama ayahnya. Pada satu ketika, Fatimah berjalan di samping ayahnya menuju Ka’abah dan dilihat oleh kaum Musyrikin dan serentak dengan itu mereka berteriak manyatakan Muhammad adalah orang yang bodoh yang menyatakan kebesaran Tuhannya. Dengan penuh kelembutan dan kesabaran Muhammad menyatakan bahawa dirinya berkata sesuatu yang benar dan Allah itu wujud.

Fatimah sendiri yang menyaksikan sendiri ayahnya dihina dengan cara yang melampaui batas. Sedang Rasulullah S.A.W bersujud di Ka’abah, tidak jauh dari situ ada seorang yang sedang mengawasi baginda. Orang tersebut adalah Uqbah bin Abi Mu’ith yang telah meletakkan kotoran binatang sembelihan dipunggung baginda. Rasulullah S.A.W hanya diam tanpa mengangkat kepala baginda. Fatimah datang dan dengan keberanian yang ada beliau telah memaki Uqbah, dengan tangannya yang halus itu beliau telah membuang kotoran tersebut dari punggung ayahnya yang tercinta.

Fatimah sememangnya anak kesayangan Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam hadith Sahih: “Fatimah adalah sepotong dariku. Aku merasakan apa yang dirasakannya dan aku juga membenci apa yang dibencinya.”

tripod.com

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: