seismik

[SHARE] Waspada Virus Kencing Tikus Di Kawasan Air Terjun Kedah

Susulan kematian seorang kanak-kanak beberapa hari lalu, warga Kedah dinasihat untuk mengelakkan daripada terlibat dengan aktiviti perkelahan buat masa sekarang.

Cover image via dailymail.co.uk

Pengunjung Ke Pusat Rekreasi Di Kedah Dinasihat Menggunakan Bekalan Air Yang Selamat Untuk Diminum Atau Membasuh Makanan Dan Peralatan Bagi Mengelakkan Jangkitan Kencing Tikus

Image via wp.com

Individu yang mempunyai faktor risiko kesihatan, digesa mematuhi nasihat doktor secara ketat, berhubung kunjungan mereka ke pusat-pusat rekreasi air, bagi mengelakkan jangkitan kencing tikus.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, penghidap diabetes, penyakit paru-paru kronik, penyakit buah pinggang atau penyakit lain yang mengurangkan daya tahan badan (imun), tidak digalakkan mengunjungi pusat-pusat rekreasi itu.

“Ini kerana, golongan ini lebih berisiko untuk mendapat jangkitan. Elakkan diri daripada bermain air atau bermandi-manda di sungai atau kolam, jika terdapat luka atau kudis di kulit. Jika terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna, menggunakan plaster kalis air,” katanya dalam satu kenyataan.

therakyatpost.com

Nasihat Itu Dikeluarkan Ekoran Kematian Seorang Kanak-Kanak Perempuan Di Yan, Kedah Pada 5 Disember Lalu Dipercayai Akibat Jangkitan Kencing Tikus Atau Leptospirosis

Ahli keluarga menyiram kubur Amirah Maisara selepas dikebumikan.

Image via utusan.com.my

Kegembiraan lima sekeluarga berkelah di sebuah pusat rekreasi air di Yan, Jerai pada 20 November lalu berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia pada 5 Disember 2014 dipercayai akibat terke­na penyakit kencing tikus atau leptospirosis.

Mangsa, Amirah Maisarah Zir Omar Khan, 8, anak sulung daripada tiga beradik meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira pukul 11.47 malam.

Difahamkan, Amirah Maisarah mengalami demam panas sejak Selasa lalu dan telah dibawa ke wad kecemasan HSB untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah.

Amirah Maisarah dibawa sekali lagi ke HSB keesokan harinya selepas keadaannya yang terlalu lemah sebelum diserang sawan ketika dalam perjalanan ke hospital dan dilaporkan sah meninggal dunia.

Jenazah Amirah dikebumikan di Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang, Kepala Batas kira-kira jam 11 pagi pada 6 Disember 2014.

utusan.com.my

Lebih Membimbangkan, Kes Jangkitan Kencing Tikus Atau Leptospirosis Ini Semakin Banyak Dikesan Di Kalangan Mereka Yang Pernah Mengunjungi Kawasan Air Terjun

"Buat masa sekarang, saya nasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada mandi di kawasan air terjun. Jika hendak mandi, mereka boleh ke hotel-hotel yang menyediakan kolam renang yang kebersihan sentiasa dipantau."

"Sejak kebelakangan ini sering berlaku hujan lebat dan banjir kilat jadi kita tidak tahu bahan apa yang telah mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi salah satu punca kepada penyebaran virus kencing tikus," kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong.

astroawani.com

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong.

Image via mstar.com.my

Jumlah Pengunjung Ke Kawasan Air Terjun Yang Semakin Bertambah Juga Menyebabkan Jumlah Sampah Yang Dibuang Semakin Bertambah, Yang Menjadi Punca Kehadiran Semakin Banyak Tikus

"Binatang-binatang seperti tikus yang sebelum ini mencari makan di dalam hutan akan keluar untuk mencari sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung," kata beliau.

Katanya masalah berkaitan tikus ini tidak dapat dielakkan dan ini boleh dilihat pada jumlah tikus yang berkeliaran di kawasan-kawasan medan selera. Beliau berkata virus kencing tikus ini akan menjadi cabaran besar kepada negeri Kedah.

Sehubungan itu, perbincangan akan diadakan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan, bagi menangani masalah berkenaan.

astroawani.com

JUGA DI SAYS: [SHARE] Don't Eat Shellfish From Kuantan Port Waters, It Could Be Poisonous

You may be interested in: