Skim KWSP Vs Skim Pencen: Mana Satu Lebih Baik Dan Penjawat Awam Patut Pilih?

Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.

  • Cover image via SAYS
  • Mungkin ada di antara penjawat awam di luar sana yang selalu tertanya-tanya, "Nak pilih KWSP atau pencen?"

      Image from thevocket.com Image via thevocket.com
    • Dan lagi satu persoalan yang lebih penting ialah:

      "Mana satu yang lebih baik dan lebih memberi manfaat di masa depan?"

      Untuk pekerja swasta, kecelaruan ini tidak akan wujud kerana semuanya terikat kepada skim KWSP. Namun bagi penjawat awam, ini antara dilema terbesar yang perlu mereka hadapi bagi menentukan masa depan.

  • Untuk makluman, penjawat awam yang baru dilantik pada mulanya diletakkan di bawah skim KWSP

      Image from mynewshub.cc Image via mynewshub.cc
    • Penolakan gaji adalah seperti biasa iaitu 11% atau 13% berserta tambahan caruman daripada majikan sebanyak 11% atau 13%.

      Proses ini akan berterusan biasanya selama 3 tahun.

      Setelah perkhidmatan mereka disahkan, di sinilah datangnya proses pemilihan. Mereka perlu memilih antara 2 iaitu:

      1. Kekal dalam skim KWSP atau...
      2. Berpindah ke skim pencen
      Pilihan yang dibuat adalah sangat penting kerana ia bersifat mandatori dan tidak boleh diubah sehingga tamat perkhidmatan.

  • Ramai penjawat awam menghadapi dilema sama ada memilih untuk kekal atau berpindah. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan masing-masing.

    • Untuk selami dan fahami tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua skim ini, laman Cikgu Share ada menerangkannya dengan sangat terperinci.

      Jom baca perkongsian Cikgu Share di bawah:

  • Skim Pencen: Kebaikan

      Image from mypt3.com Image via mypt3.com
    • 1. Jaminan bekalan kewangan seumur hidup selepas bersara

      Selepas bersara, golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu, dan meningkat pada kadar 2% setiap tahun.

      2. Jaminan bekalan kewangan kepada waris

      Dengan faedah terbitan, waris golongan skim pencen akan menerima ganjaran terbitan dan bayaran pencen setiap bulan jika penerima asal meninggal dunia sama ada ketika dalam perkhidmatan atau selepas bersara.

      3. Lebih banyak disposable income

      Oleh sebab golongan skim pencen tidak mencarum dalam KWSP, maka mereka mempunyai lebihan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak 11% hingga 13% berbanding golongan skim KWSP.

  • Skim Pencen: Keburukan

      Image from pixpo.net Image via pixpo.net
    • 1. Bekerja dengan kerajaan untuk tempoh yang lama

      Seorang penjawat awam perlu bekerja selama 3 hingga 5 tahun untuk mengesahkan perkhidmatan dan membolehkan dia memilih skim pencen. Untuk menikmati semua kelebihan skim pencen pula, perlu setia bekerja dengan kerajaan sehingga tempoh bersara.

      Jika bersara awal pula, segala keistimewaan skim pencen hanya akan diberikan selepas mencapai umur 55 tahun (bagi lantikan selepas 1991).

      2. Risiko kehilangan keistimewaan skim pencen

      Seorang penjawat awam boleh hilang keistimewaan skim pencen jika berhenti kerja, dikenakan hukuman tatatertib, diberhentikan, atau dibuang kerja sebelum tempoh bersara.

      Seorang pesara yang sedang menikmati keistimewaan skim pencen juga boleh ditarik balik sekiranya melanggar syarat-syarat yang ditetapkan seperti dihukum atas kesalahan jenayah.

      3. Tiada pelepasan cukai

      Pelepasan cukai buat pencarum KWSP adalah sebanyak RM6,000 setahun. Bagi golongan skim pencen yang layak membayar cukai, mereka perlu membayar cukai yang lebih tinggi.

  • Skim KWSP: Kebaikan

    • 1. Tidak terikat untuk bekerja sehingga usia persaraan

      Golongan skim KWSP tidak perlu berkhidmat sehingga umur persaraan kerana mereka tidak akan menikmati keistimewaan berpencen kecuali gantian cuti rehat (GCR) dan faedah perubatan.

      2. Simpanan secara paksa-rela

      Setiap bulan, sebanyak maksimum 26% (13% daripada pekerja dan 13% daripada majikan) daripada gaji akan disimpan ke dalam akaun KWSP; satu jumlah yang besar berbanding saranan biasa sebanyak 10%.

      3. Boleh dikeluarkan untuk tujuan-tujuan tertentu

      Antara jenis pengeluaran yang boleh menguntungkan ahli ialah pengeluaran pelaburan, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan, membina / membeli rumah, dan ansuran bulanan pinjaman perumahan.

      4. Pemantauan lebih murah

      KWSP menyediakan portal i-Akaun untuk memudahkan pencarum melihat penyata jumlah wang yang terkumpul dalam akaun masing-masing secara online. Dengan ini, perancangan kewangan boleh dibuat dengan lebih mudah.

      5. Pelepasan cukai pendapatan

      Golongan skim KWSP layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun.

  • Skim KWSP: Keburukan

      Image from nusantara.news Image via nusantara.news
    • 1. Tak patuh shariah

      Akaun KWSP dianggap tidak patuh shariah kerana pelaburannya yang bercampur baur. Namun, KWSP sudah pun mewujudkan skim Simpanan Shariah sejak Ogos 2016.

      2. Ketidaktentuan sumber pendapatan selepas bersara

      Selepas bersara, golongan skim KWSP hanya bergantung kepada jumlah wang yang ada dalam akaun KWSP dan juga simpanan atau pelaburan lain jika ada untuk teruskan kehidupan.

      3. Tiada jaminan untuk waris

      Jika terjadi kematian kepada golongan skim KWSP, waris mereka tidak akan menerima apa-apa keistimewaan. Hanya jumlah dalam akaun KWSP sahaja yang ada. Itu pun perlu melalui pelbagai prosedur tertentu sebelum diperoleh waris.

      4. Kurang disposable income

      Oleh sebab sebahagian gaji kasar ditolak untuk caruman KWSP, golongan skim ini mempunyai gaji bersih yang lebih sedikit berbanding golongan skim pencen. Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan jumlah disposable income, malah mungkin menjejaskan peluang untuk mendapatkan pembiayaan / pinjaman daripada bank.

  • Jadi, anda pilih skim KWSP atau skim pencen?

      Image from popkey.co Image via popkey.co
    • Secara mudahnya, skim pencen menawarkan jaminan, manakala skim KWSP menawarkan fleksibiliti.

      Anda perlu nilai sendiri kebaikan dan keburukan yang ada pada kedua-dua sistem di atas supaya dapat membuat pilihan yang sesuai untuk diri sendiri. Semoga berjaya!

      Sumber: Cikgu Share | Jom Urus Duit

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Baca lebih lanjut tentang Simpanan Shariah KWSP DI BAWAH:

  • Ada siapa-siapa Myvi drivers kat sini? :P

Most-read stories today

Leave a comment