seismik

Belum Miliki Rumah Pertama Anda? Anda Mungkin Layak Memohon Skim MyHome 2014

Satu lagi usaha kerajaan dalam membendung ledakan kenaikan harga rumah telah diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat dalam memiliki rumah pertama.

Cover image via imgur.com

[TERKINI] Permohonan Skim MyHome Dibuka Hari Ini, 1 April 2014

Skim My Home itu akan dilancarkan 1 April ini dan program yang membantu rakyat itu akan mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014.

infoharian.com

Permohonan Skim MyHome kini dibuka.

Image via infoharian.com

Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memohon bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.

mysumber.com

Maklumat berkaitan seperti syarat dan cara permohonan secara online ataupun manual (menggunakan borang) boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara.

infoharian.com

Skim MyHome Menawarkan Subsidi Maksimum Sebanyak RM30,000 Kepada Pemohon Yang Layak

Unsupported video platform

Tweet dari Perdana Menteri

Image via mysumber.com

MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

melvister.com

Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.

melvister.com

Antara Matlamat Utama Skim Ini Adalah Untuk Membantu Rakyat Memiliki Kediaman Sendiri Dengan Kos Rendah Dan Sederhana

Tweet dari Perdana Menteri

Image via mysumber.com

Datuk Seri Najib Razak, berkata di bawah skim MyHome itu kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.

bharian.com.my

Objektif skim berkenaan juga adalah bertujuan bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih rumah kos rendah dan sederhana.

mysumber.com

Syarat Yang Akan Dipertimbangkan Adalah Kepada Rakyat Yang Berpendapatan RM3,000 Ke Bawah Dan Merupakan Rumah Pertama

Info grafik Skim Myhome

Image via blogspot.com

Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.

beritasemasa.com.my

Selain itu, skim ini hanya terbuka untuk Warganegara Malaysia sahaja dan rumah yang dimiliki tidak boleh dijual dalam masa 10 tahun.

beritasemasa.com.my

Sebanyak 10,000 unit rumah MyHome akan ditawarkan kepada rakyat tahun ini dengan dana RM300 juta di bawah Bajet 2014.

mysumber.com

Putrajaya mensasarkan pembinaan 1 juta unit rumah menjelang 2018, dengan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) diarahkan untuk membina separuh daripada jumlah tersebut.

themalaysianinsider.com

Contoh Ringkas Skim MyHome

Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.

melvister.com

Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000.

blogspot.com

Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

beritasemasa.com.my

Permohonan Borang Skim MyHome Hanya Boleh Dibuat Bermula 1 April 2014

Image via melvister.com

Walau Bagaimanapun, Pembeli Yang Memohon Perlu Mendapatkan Surat Sokongan Daripada Pemimpin Tempatan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Image via borneoinsider.com

"Pembeli memerlukan sokongan daripada pemimpin di satu-satu kawasan untuk membolehkan kita mengenalpasti beliau benar-benar layak," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada pemberita di Putrajaya.

themalaysianinsider.com

Abdul Rahman juga berkata, konsep pembelian rumah itu adalah berdasarkan "siapa cepat dia dapat".

themalaysianinsider.com

Selain Itu, Kerajaan Juga Telah Melancarkan BR1M 3.0 Bagi Membantu Rakyat

You may be interested in: