seismik

[VIDEO] Hasil Belajar Daripada YouTube, Mak Cik Ini Sampai Power Buat Transition Sendiri

Terkedu kejap.

Cover image via @fadzilahmohdani (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kreativiti skil anak muda dalam menyunting video demi membuat content di TikTok kini menjadi kemahiran ramai

Jika kita scroll For Your Page (FYP) di TikTok, sudah pasti ramai di antara kita menemui banyak pelbagai video menarik dengan skill editing yang mengagumkan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, gelagat seorang mak cik yang melakukan transition video telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fadzilahmohdani Nenny tengok youtube sendiri,nak harap cucu depa kat KL #usahasendiri #fyp original sound - XVX

Ingatkan transition main-main, rupa-rupanya sunting sendiri

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fadzilahmohdani di TikTok, dilihat seorang mak cik yang berusia dalam lingkungan 50-an memuat naik video transition di laman sosialnya undang teruja ramai.

Lebih menarik lagi, hasil transitionnya itu sangat smooth dan cantik. Secara umumnya, untuk menghasilkan video seperti itu memerlukan effort yang tinggi dan masa yang lama.

Melalui kapsyen di posting itu, dia turut menjelaskan bahawa dia mempelajarinya melalui YouTube.

Lihat video lain di bawah:

@fadzilahmohdani Hidup ini kena happy happy tak kira usia,hidup mesti happy #fyp #happy Apaci Apacu - Choi jadoo

"Nek, ajar saya buat macam itu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 847.2K tontonan, 120.1K tanda suka dan 3649 komen di TikTok. Rata-rata netizen turut teruja dan kagum dengan hasil video mak cik tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen:

Powerlah mak cik, min ni mampu guna template CapCut je :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: