seismik

Tular Rakaman Segelintir Penyokong Terengganu F.C. Buat Kekacauan Selepas Tewas Semalam

Pasukan Terengganu F.C. tewas agregat 2-3 menentang Selangor FC pada separuh akhir Piala Malaysia.

Cover image via @danialmashuri (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menang dan kalah itu adat perlawanan, semua pihak perlu terima dengan hati yang terbuka

Sebagai penyokong, kita perlu terima apa sahaja keputusan dan bertindak secara profesional dalam apa jua situasi.

Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video berkenaan rusuhan kecil yang dilakukan oleh segelintir penyokong pasukan Terengganu F.C. selepas perlawanan semalam.

Lihat video penuh itu di bawah:

@danialmashuri Cerita dia sekarang nie rilek sudahlah , sampai nak pecahkan cermin bagai nie kenapa aduh kesian player dgn coach selangor #selangorfc #selangor original sound - Danial Mashuri

Tingkap bas pemain Selangor FC retak selepas dibaling dengan objek keras

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @caionofficial di laman Instagramnya, dia yang juga merupakan penyerang utama pasukan Selangor FC itu berkongsi keadaan tingkap bas pemain tersebut berlubang kerana dilempar dengan objek keras.

Semasa perlawanan tersebut, terjadi beberapa pergelutan antara penyokong kedua-dua pasukan berhampiran tempat duduk penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bukan itu sahaja, segelintir penyokong Terengganu F.C. juga turut membuat kerumunan pada laluan keluar bas pemain Selangor FC di luar stadium selepas perlawanan tersebut tamat.

Lihat video lain di bawah:

"Macam ini nak main Piala Asia? Malu" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan tidak profesional para penyokong itu dan ada yang menerangkan apa yang terjadi sebenarnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 115K tontonan, 6.1K tanda suka dan 364 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:


Aduh, janganlah sampai macam tu :/

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: