Gelagat Rakyat Malaysia Kongsi Foto ‘Done Undi’ Di Media Sosial Ini Curi Tumpuan Ramai
Scroll story Instagram, semua jari dah warna purple.
Umum sedia maklum, rakyat Malaysia telah pun turun beramai-ramai bagi mengundi calon pemimpin pada Pilihan Raya Umum ke-15
Semenjak pindaan undang-undang Undi 18 telah diluluskan pada Disember tahun lalu, ramai anak muda dan belia turun beramai-ramai menyumbang undi pada hari ini.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Facebook, gelagat comel rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum berkongsi perasaan dan foto jari mereka di media sosial telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Masing-masing snap dakwat ungu di jari telunjuk
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @alisya.ali.79 di Facebook, gelagat rakyat Malaysia mengambil foto jari telunjuk berdakwat sebagai tanda sudah mengundi jadi trend di media sosial.
Pada hari ini, foto jari telunjuk yang sudah dicelup dakwat menjadi trend warganet dan turut memenuhi ruangan media sosial.
Rata-rata ramai rakyat Malaysia berkongsi rasa teruja kerana pada tahun ini merupakan kali pertama mereka turun mengundi.
"Kenangan 5 tahun sekali" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi foto jari telunjuk mereka sebagai tanda sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 402K views, 3.8K likes dan 438 comments di Facebook.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!