Bapa Jadi Keliru, Anak Perempuan Tak Sengaja Pergi Sekolah Pakai Selipar Undang Tawa Ramai
Macam mana boleh tak perasan.
Persiapan ke sekolah anak-anak merupakan perkara yang memeningkan kepala ibu bapa
Pada waktu pagi, pasti ada macam-macam kerenah dan masalah anak-anak yang muncul ketika ingin bersiap ke sekolah.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang bapa yang dilihat tertanya-tanya melihat anak perempuannya memakai selipar ketika pergi ke sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video berkenaan di bawah:
Patah balik masuk kereta sebab terlupa pakai kasut sekolah
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @shafar_mohamad di TikTok, gelagat seorang bapa yang hairan dengan telatah anak perempuannya ketika pergi ke sekolah jadi perhatian.
Pada saat itu, bapanya sempat merakam dan menyedari bahawa anaknya itu dengan selamba memakai selipar memasuki pagar sekolah tanpa rasa segan-silu.
Namun, suasana berubah apabila anak perempuannya itu berlari patah balik ke kereta kerana malu dan ingin pulang ke rumah semula demi mengambil kasut.
"Mungkin banyak benda yang dia fikirkan sampai terpakai selipar" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji gelagat comel anak perempuan lelaki tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 657.6K views, 38.4K likes dan 190 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!