seismik

Suami Terkejut Temui Isteri Mati Tergantung Dalam Bilik

Luluh hati suami melihat mayat isteri tergantung dalam bilik ketika pulang menghantar makanan.

Cover image via wordpress.com

Seorang Suami Terkejut Apabila Menemui Isterinya Mati Tergantung Dalam Bilik Ketika Pulang Untuk Menghantar Makanan Di Kota Bharu, Kelantan

Mayat mangsa diangkut untuk dihantar ke hospital.

Image via sinarharian.com.my

Seorang pembantu kedai jual ayam terkejut apabila menemui mayat isterinya tergantung di tali buaian yang diikat di alang rumah mereka di Taman Tengku Panglima, Wakaf Mek Zainab.

sinarharian.com.my

Zulkifli Azmi, 25, menemui mayat isterinya, Apinyar Datubahae, 26, tergantung di bilik di tingkat atas, kira-kira jam 3 petang, ketika pulang untuk menghantar makanan.

sinarharian.com.my

Bayinya Yang Berusia 9 Bulan Didapati Menangis Sebelum Dia Bergegas Untuk Menjenguk Keadaan. Penemuannya Selepas Itu Amat Tidak Disangka-Sangka.

Zulkifli berkata, ketika pulang ke rumah dia mendengar tangisan bayinya, Siti Nur Aishah Ateiyra, 9 bulan dari sebuah bilik dan bergegas menjenguknya. Katanya, sebaik masuk dalam bilik, dia terkejut melihat isterinya menggantung diri menggunakan tali.

hmetro.com.my

“Pelik dengan tangisan itu, saya terus ke tingkat atas dan terkejut melihat mayat isteri saya tergantung di tali buaian anak kami,” katanya.

mynewshub.my

Zulkifli Berkata Isterinya Menunjukkan Perubahan Sejak Dua Bulan Lalu Selepas Pulang Dari Thailand

Dia berkata, sejak dua bulan lepas setelah balik dari Wing, Thailand, isterinya tiba-tiba menjadi pemarah.

sinarharian.com.my

“Dia pernah mengelar pergelangan tangannya apabila tertekan,” katanya.

mynewshub.my

Perubahan isteri Zulkifli ketara sejak dua bulan lalu sehingga isterinya mengelar pergelangan tangan apabila tertekan.

Image via fu-qq.tumblr.com

Kali Terakhir Dia Bertemu Isterinya Ialah Pada Pagi Hari Yang Sama

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu isterinya adalah kira-kira jam 8 pagi semasa pulang menghantar nasi. Masa itu, isterinya sedang menyusu anak mereka.

sinarharian.com.my

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat.

Image via www.come2kelantan.my

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, memberitahu mayat Apinyar dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

sinarharian.com.my

Tragedi-Tragedi Lain Dalam Negara Di SAYS:

You may be interested in: