"Suara Ayah Dia Meraung Allahuakbar Sampai Kami Di Tingkat 3 Pun Dengar Jelas"
Tidak ada mana-mana ibu bapa yang sanggup hilang anak kesayangannya.
Semalam dikejutkan dengan berita membabitkan seorang bayi perempuan berusia 9 bulan yang maut dipercayai selepas ditinggalkan di dalam kereta selama empat jam
Menerusi laporan Harian Metro, bapa kepada bayi malang tersebut dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya itu ke taska sebelum ke tempat kerja di Kompleks Tun Razak (Komtur) di Indera Mahkota.
Namun, mangsa hanya ditemui ketika bapanya mahu keluar untuk makan tengah hari pada waktu rehat, kira-kira 1 tengah hari, semalam.
Susulan daripada kejadian itu, ramai dalam kalangan netizen bertindak mengkritik serta mengutuk bapa kepada bayi tersebut yang dianggap mereka sebagai lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sehingga menyebabkan kematian kepada anaknya.
Melihat kepada pelbagai kutukan yang diterima oleh bapa kepada bayi malang tersebut, seorang lelaki kemudiannya memuat naik satu posting di laman Facebook bagi menceritakan hal yang sebenar
Pengguna Facebook bernama Aku Arejax itu mendakwa dirinya adalah salah seorang kakitangan yang bekerja di dalam satu bangunan yang sama kepada bapa bayi tersebut.
Setakat ia dimuatnaik, perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 4 ribu shares di Facebook.
Untuk perkongsian penuh, boleh baca di bawah:
Kata lelaki ini, pada hari kebiasaan, bayi tersebut dihantar oleh ibunya ke taska
Aku tengok ramai sangat yang duk mengutuk ayah budak yang meninggal dalam kereta tu. Sebagai salah seorang staff yang btugas di bangunan yg sama, aku nak bagitahu rutin setiap hari budak ni dihantar oleh ibu dia ke pengasuh atau taska.
Hari ni ceritanya mak dia kena outstation dan tugas tu diambil oleh ayah. Budak ni pulak katanya demam dan tidur dkat belakang seat. Ayah dia sampai ke pejabat seperti biasa langsung terlupa pada anak.
Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tengah hari (kalau ikut masa jam aku) Masa dia nak keluar lunch hour.
Korang tahu, suara ayah dia meraung sebut Allahuakhbar tu sampai kami yang kat tingkat 3 dengar jelas.
Korang boleh bayang tak macam mana perasaan ayah dia masa tu. Terus diorang hantar ke klinik kesihatan bersebelahan dan seperti kita maklum, anak dia tak dapat diselamatkan.
Katanya, meskipun sudah ramai yang melalui kawasan tersebut, namun tidak ada sesiapa yang 'tergerak hati' untuk melihat keadaan kereta itu
Dari masa ayah dia sampai ke pejabat sampailah ke masa dia sedar anaknya dalam kereta tu, berapa ramai staf lalu lalang (termasuk aku) dan tiada seorang pun Allah gerakkan untuk tengok dalam kereta tu.
Korang boleh kata macam-macam pada ayah arwah ni sebab tak kena kat korang atau family. Ingat, lupa ni bukan dibuat-buat.
Ada masanya dalam kau bercakap pun kau lupa apa kau sebut 5 minit lepas. Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak dan ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri?
Jadi hati-hati mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar.
Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa dan family arwah.