'Allahuakbar!' - Jeritan Ayah Lepas Bayi 12 Bulan Ditemui Maut Tertinggal Dalam Kereta
Ya Allah...
Satu demi satu kes tertinggal anak di dalam kereta berlaku di Malaysia. Malangnya, kes-kes yang terjadi telah melibatkan kematian kanak-kanak kecil tersebut.
Menurut sumber yang dipetik oleh Sinar Harian, hari ini telah dilaporkan satu lagi kes melibatkan seorang bayi dalam lingkungan usia 12 bulan telah meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kereta bapanya di tapak parkir Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan, tengah hari tadi.
Bapa kepada bayi tersebut hanya tersedar selepas keluar dari pejabat dan ingin memasuki kenderaan
Pihak polis turut menjelaskan bahawa ketika dia menyedari anaknya berada di dalam kenderaan tersebut, bapanya yang panik hanya mampu menjerit 'Allahuakbar!' dan jeritannya itu didengari orang awam yang berada berhampirannya.
Namun begitu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohamed Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak mereka masih menunggu laporan penuh siasatan.
Berita penuh akan menyusul.