seismik

"Sudah Tiba Masanya Untuk Malaysia Menapis Internet," Kata Tun Dr Mahathir

Kuasa internet yang tiada sempadan dan penuh dengan pelbagai kandungan negatif boleh membantutkan pembangunan negara. Mungkin sudah tiba masanya untuk ditapis?

Cover image via tnnthailand.com

Sebelum Ini, Tun Dr Mahathir Merasakan Tapisan Internet Adalah Tidak Perlu. Namun Sekarang, Beliau Sudah Menukar Fikiran Setelah Mengetahui Kuasa Sebenar Internet.

Kuasa internet yang tiada sempadan menghidang pelbagai kandungan negatif kepada para pengguna.

Image via thewestsidestory.net

"Tidak mengetahui kuasa Internet, saya telah berjanji sebelum ini bahawa kami tidak akan menapisnya. Tetapi pada masa ini, saya telah menukar fikiran saya."

agendadaily.com

“Saya tidak peduli betapa sucinya hak kebebasan, tapi saya berasa sudah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia menapis internet,” kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

therakyatpost.com

Beliau Menyedari Perkara Tersebut Apabila Beliau Sendiri Telah Menjadi Mangsa Tapisan Internet Dimana Beberapa Artikel Di Blognya Disekat Akses Oleh Sebuah Firma Antarabangsa

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini berpendirian bahawa sudah tiba untuk menapis Internet selepas beliau sendiri menjadi mangsa tapisan internet.

Image via wordpress.com

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini berpendirian bahawa sudah tiba untuk menapis Internet selepas beliau sendiri menjadi mangsa tapisan internet.

malaysiakini.com

Menurutnya, beliau menyedari perkara itu apabila tulisannya tentang kaum Yahudi tidak dapat disiarkan di Facebook.

malaysiakini.com

Menurutnya, Beliau Sendiri Terpaksa Menukar Platform Blognya Sebanyak Tiga Kali Kerana Sebuah Firma Antarabangsa Enggan Memberi Perkhidmatan Untuk Penerbitan Blognya

Dr Mahathir berkata beliau pertama kali menggunakan platform antarabangsa itu untuk menghoskan blog beliau. Apabila ratusan ribu mengunjungi blog itu, tiba-tiba platform itu menolak menjadi hos.

mstar.com.my

"Saya telah menukar platform tetapi sekali lagi ia disekat. Saya kini telah menukar server dan platform sebanyak tiga kali. Namun masih ada cubaan untuk menyekat blog saya," ujar Tun M.

mstar.com.my

"Hari Ini, Setiap Kanak-Kanak Boleh Mengakses Kepada Bahan Pornografi. Mereka Tidak Lagi Selamat Daripada Gangguan Seksual," Kata Tun Mahathir.

"Salah guna paling teruk adalah daripada segi moral. Internet berperanan besar dalam menggugat moraliti awam. Anak-anak kita tidak lagi selamat daripada tededah unsur lucah daripada media cetak dan elektronik."

bharian.com.my

Peningkatan dalam masalah sosial dikalangan kanak-kanak dan remaja masa kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Image via says.com

"Hari ini, setiap kanak-kanak boleh mengakses kepada bahan pornografi. Mereka tidak lagi selamat daripada gangguan seksual," katanya lagi.

bharian.com.my

Pengakses porno yang dirintis daripada Internet di seluruh dunia untuk usia 18-24 tahun mencapai 13.6%, 25-34 tahun (19.9%), 35-44 tahun (25.5%), 45-54 tahun (20.67%) dan 55 tahun ke atas (20.3%).

themalaysianinsider.com

Tun Mahathir Bagaimanapun Sedar Pada Hakikat Yang Internet Kini Sebenarnya Sudahpun Ditapis, Tetapi Hanya Untuk Kepentingan Politik Dan Tidak Langsung Menggambarkan Kebebasan

"Saya berbuat demikian (ubah fikiran) kerana mereka yang mengawal server menjalankan tapisan mereka sendiri terhadap perkara yang boleh diterbitkan di media alternatif. Saya sendiri menjadi mangsa tapisan demikian."

malaysiakini.com

Artikel "The Jews" disekat akses masuk ke dalam akaun Facebook miliknya.

Image via sumutpos.co

"Mereka yang menjadi tuan rumah kepada pelantar dan pelayan ini boleh menapis. Dan ada banyak cara lain tersedia buat pengawal media baru yang berkuasa ini untuk menapis demi kepentingan politik mereka," katanya.

malaysiakini.com
Image via imgur.com

Ia merujuk kepada artikel dalam blognya yang disekat akses masuk ke dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menyiarkan artikel ‘The Jews’ yang menyentuh isu Yahudi dan peperangan di Gaza antara Palestin-Israel.

therakyatpost.com

Cadangan Tun Mahathir Mendapat Sokongan Ahli Akademik, Pertubuhan Bukan Kerajaan Dan Aktivis Sosial. Rata-Rata Berpendapat Kebebasan Internet Dikhuatiri Menjadi 'Racun' Kepada Pembangunan Negara.

Jati diri rakyat negara ini semakin terpesong kesan daripada kepesatan media sosial.

Image via profi-forex.org

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar kerajaan menapis internet perlu direalisasikan segera demi menjamin kemakmuran rakyat di negara ini.

utusan.com.my

Pensyarah Komunikasi Pemujukan dan Pengiklanan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, sudah tiba masanya internet ditapis kerana berdasarkan pemerhatian beliau, jati diri rakyat negara ini semakin terpesong kesan daripada kepesatan media sosial.

utusan.com.my

Pengarang Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil Mencadangkan Supaya Malaysia Mengadakan Sekatan Internet Bagi Tempoh Tertentu Untuk menilai Sendiri Pandangan Rakyat Sepenjang Tempoh Sekatan Berkenaan

“Apa kata sesekali dalam tempoh tertentu, akses Internet Malaysia ditapis. Idea Dr Mahathir apa salahnya dicuba. Kelak, kita boleh menilai manfaatnya, sekali gus sentimen rakyat terhadap tapisan ini."

themalaysianinsider.com

“Terlalu banyak keganasan datang melalui Internet. Apatah lagi dalam senario negara akhir-akhir ini dengan dihujani tohmahan, fitnah dan cercaan terhadap sensitiviti Islam, orang Melayu dan institusi raja. Sehinggakan viral meluas di ruang siber - maka tapisan terhadap laman sosial tertentu harus diwajarkan,” kata Zulkifli.

informasi.my

Zulkifli Juga Berpendapat Bahawa Malaysia Memerlukan Kepakaran Luar Biasa Jika Mahu Melaksanakan Sekatan Internet, Bukan Hanya Mengharapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sahaja

Untuk laman Facebook saja, pengguna di kalangan rakyat Malaysia menjangkau 12.7 juta orang – meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara.

Image via pikandeeweb.com

Katanya, Malaysia merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini dan ia juga terdedah menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi.

themalaysianinsider.com

Untuk laman Facebook saja, pengguna di kalangan rakyat Malaysia menjangkau 12.7 juta orang – meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara. Sejumlah 70% pengguna Facebook sekarang berada di Malaysia.

informasi.my

Tun Dr Mahathir Memang Terkenal Dengan Hujah-Hujah Intelektual Beliau Yang Mampu Membuka Minda Masyarakat

You may be interested in: