seismik

"Jangan Buang Masa Lagi" - Sultan Johor Gesa Kerajaan Baru Dilantik Serta Merta

Kenyataan itu telah dibuat di halaman Facebook rasminya.

Cover image via Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dalam video yang disiarkan hari ini, 10 Mei, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah meminta agar kerajaan baru dibentuk secepat mungkin

Video itu muncul selepas kemenangan Pakatan Harapan ke atas Barisan Nasional dalam PRU14. Gabungan yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir memperoleh 113 kerusi Parlimen, memberikan mereka kejayaan ke atas 79 kerusi Barisan Nasional.

Baginda membuat kenyataan itu di halaman Facebook rasminya. Pada masa penulisan, ia telah mendapat lebih daripada 88K shares dan lebih daripada 1.5M views.

Image via MyNewsHub

Dalam kenyataannya, yang mulanya diucapkan dalam bahasa Bahasa Malaysia dan kemudian dalam Bahasa Inggeris, memberitahu tentang kepentingan pembetukan  kerajaan serta pelantikan perdana menteri baru.

"Kepada semua rakyat saya, bangsa Johor, iaitu pilihanraya telah pun berlalu. Saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana rakyat hendakkan kerajaan yang baru. Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta merta dan jangan membuang masa lagi dan saya harap Istana Negara hari ini juga melantik Perdana Menteri yang baru", katanya.

Pada penutup video itu, baginda mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak yang berjaya yang telah mencapai matlamat mereka dalam PRU14. Anda boleh menonton video penuh di sini:

Lagi cerita-cerita berkaitan #PRU14 untuk dibaca dalam SAYS Seismik:

You may be interested in: