Rasmi: #MalaysiaMemilih Pakatan Harapan Sebagai Kerajaan Baru & Tun M Sebagai PM Ke-7

Kepimpinan ini akan berjalan bagi 5 tahun seterusnya bermula hari ini.

Secara rasminya, Pakatan Harapan menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi #PRU14

Keputusan PRU14 telah pun diumumkan dan buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. 

Pengumuman itu diberikan oleh SPR pada 10 Mei, jam 4.46 pagi.

Sepanjang 61 tahun, ini merupakan kali pertama Malaysia melihat perubahan dalam organisasi kepimpinannya. 

Gabungan Pakatan Harapan memenangi 113 kerusi parlimen yang membolehkan mereka menjadi kerajaan pusat

PH mengumumkan pada awal tahun ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan calon pilihan utama mereka manakala Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan Perdana Menteri jika mereka menempah kejayaan dalam PRU14.

Berikut merupakan keputusan PRU14:

Johor - PH (29 daripada 56 kerusi)

Kedah - PH (18 daripada 36 kerusi)

Kelantan - PAS (28 daripada 45 kerusi)

Melaka - PH (15 daripada 28 kerusi)

Negeri Sembilan - PH (20 daripada 36 kerusi)

Pahang - BN (22 daripada 42 kerusi)

Perak - PH (29 daripada 59 kerusi)

Perlis - BN (10 daripada 15 kerusi)

Penang - PH (25 daripada 40 kerusi)

Sabah - BN (29 daripada 60 kerusi)

Selangor - PH (29 daripada of 56 kerusi)

Terengganu - PAS (18 daripada 32 kerusi)

Tun M bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia, pada hari ini

Menurut Tun Mahathir, parti gagasan parti ini terdiri daripada lelaki, wanita dan juga belia.

"Kami akan berusaha untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar selepas dia dibebaskan dari penjara pada 8 Jun dan kemudian dia boleh menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi menurut proses perundangan sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau (Anwar) perlu bertanding pertama dalam pilihan raya untuk menjadi anggota Parlimen," katanya.

Tambahnya lagi, beliau masih belum dihubungi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14.

"Najib pergi ... kita tidak akan membalas dendam tetapi kita akan memulihkan undang-undang negara," katanya dalam sidang media malam tadi. 

Sudahkah anda semua sedia untuk Malaysia yang baru? :)

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYS

Leave a comment