Naik Gaji Minima Ke RM3,100 Bebankan Majikan, Lebih 80% Peningkatan – MEF
Peningkatan setinggi ini tidak munasabah dan tidak praktikal – MEF.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM3,100 sebulan adalah tidak munasabah dan tidak praktikal
Peningkatan gaji ke RM3,100 ini melibatkan peningkatan kira-kira 82%.
Menurut laporan dari Utusan, kenyataan ini dibangkitkan oleh Presiden Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman.
Beliau mengatakan kenaikan tersebut bukan satu pelarasan yang kecil, sebaliknya melibatkan perubahan struktur kos tenaga kerja yang sangat besar.
"Gaji minimum ialah lantai gaji berkanun, manakala gaji kehidupan wajar merupakan konsep lebih luas yang mengambil kira keperluan kehidupan seseorang atau isi rumah. Kedua-duanya tidak semestinya boleh disamakan.
"Matlamat utama bukan sekadar menentukan satu angka gaji minimum yang lebih tinggi, tetapi memastikan kenaikan itu mampan dan tidak menjejaskan peluang pekerjaan serta daya saing perusahaan," katanya.

Presiden Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman
Image via The StarSebelum ini, terdapat cadangan peningkatan gaji kehidupan dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Sebelum ini, MTUC telah mencadangkan gaji kehidupan sebanyak RM3,100 sebulan wajar dijadikan rujukan dalam menetapkan kadar gaji minimum baharu.
Menurut Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, cadangan ini munasabah berdasarkan keadaan semasa dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup, inflasi serta harga makanan, perumahan, pengangkutan dan keperluan asas.
Walaubagaimanapun, Syed Hussain mengatakan cadangan kadar gaji minimum perlu diserahkan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
Majlis tersebut bertanggungjawab untuk mengkaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun bagi sebarang cadangan kenaikan kadar gaji minimum.

Selain itu, Syed Hussain menambah majlis berkenaan mempunyai anggota pakar penyelidikan serta wakil kesatuan sekerja, majikan, industri dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
"Sebarang cadangan akan mengambil kira semua segmen pekerjaan. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan satu kadar sesuai untuk semua," katanya lagi.
Kenaikan gaji pokok sebanyak 82% akan meningkatkan caruman berkanun, bayaran kerja lebih masa, faedah pekerjaan dan kos tenaga kerja lain.
Dalam sektor margin kecil, mereka mungkin terpaksa mengurangkan pengambilan pekerja, menaikkan harga, mempercepatkan automasi atau mengecilkan operasi.
Pekerja berpengalaman dan berkemahiran tinggi tidak seharusnya mempunyai gaji kekal secara minimin dan sebaliknya pekerja perlu mempunyai laluan kemajuan gaji yang jelas berdasarkan kemahiran, produktiviti dan tanggungjawab.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via