Netizen & Pegawai Beruniform Kongsi Pengalaman Seram Ketika ‘Roadblock’
"Ramai-ramai ni, nak pergi mana?"
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat pegawai polis dan JPJ, roadblock adalah tugas biasa demi menjaga keselamatan dan undang-undang
Tetapi buat mereka rutin mingguan atau bulanan ini yang sepatutnya perkara biasa menjadi luar biasa akibat 'usikan' atau perkara pelik yang berlaku.
Buat kita para netizen, roadblock boleh menjadi perkara yang tiada masalah atau surat saman menanti bagi yang membuat kesalahan undang-undang jalan raya.
Disoal oleh @abang_dee7 di Threads, dia bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas mengenai pengalaman pelik atau seram ketika membuat sekatan jalan.
"Nak tanya abang polis dan JPJ. Apa benda pelik atau seram semasa buat roadblock? Pengalaman saya, polis tahan saya sebab nampak penumpang tak pakai tali pinggang, padahal saya seorang sahaja," katanya di Threads.

Gambar janaan AI
Image via GeminiSoalan ini telah menarik banyak perhatian pegawai yang masih bertugas dan netizen
Seorang pengguna menceritakan pengalaman rakan ayahnya yang merupakan pegawai polis yang membuat roadblock di kawasan Teknik Jengka.
"Diorang buat roadblock dekat depan Teknik Jengka, dengar bunyi RXZ tengah bawak laju dari Bukit Gajah. Masing-masing senyum, kononnya masuk pukat. Sampai sahaja motor tu dekat roadclock, nah, tak ada kepala, semua keras and biar sahaja motor itu lalu. Selang berapa minit, bunyi lagi dari sana, lalu-lagi. Kali ke-4 dengar bunyi motor tu, terus kemas and balik," katanya.
Ramai menceritakan perkara yang hampir sama iaitu polis menahan mereka kerana menyangka mempunyai penumpang "lain" di dalam kereta.
"Polis cakap dia nampak org lain dalam kereta ketika aku memandu seorang, memang aku berhenti keluar kereta"
Seorang pengguna telah ditahan oleh polis kerana mengatakan dalam keretanya orang ramai. Setelah sedetik baru polis itu tersedar orang ramai itu bukanlah orang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malay MailSeorang pegawai polis juga ada berkongsi pengalamannya dan berpesan suapaya lebih berhati-hati di kawasan R&R Pagoh arah Selatan.
"Banyak. Tapi kebanyakan ketika ronda. Masa roadblock ada juga tapi jarang sangat. Kalau rajin lalu highway area Bukit lepas R&R Pagoh ke Selatan sampai la layby Yong Peng tu hati-hati dan beringat. Kawasan dia tu. Pastu dari Machap ke Senai pun sama. Pesan tu je"

Ada seorang pengguna menceritakan sekumpulan polis yang diganggu oleh Pontianak ketika membuat sekatan jalan di Jalan Felda Taib Andak. Pengakhirannya semua pergi meninggalkan khemah dan kon.
Mungkin banyak lagi pengalaman seram yang berlaku ketika roadblock, tetapi terlalu seram untuk diceritakan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via