Jerebu Di KL, Selangor & Sarawak Semakin Teruk, 30 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Jerebu berpanjangan semakin teruk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via APIMS & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jerebu di Malaysia yang berpanjangan ini masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda

Tiga puluh stesen di seluruh negara telah merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap tidak sihat setakat pagi ini. Seria di Sarawak telah mencatatkan bacaan tertinggi 180, menghampiri paras sangat tidak sihat.

Menurut laporan dari Berita Harian, semua data ini diambil terus dari Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) yang menunjukkan tahap pencemaran udara dalam negar ini secara langsung.

SAYS.com
Image via APIMS

Senarai semua kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat

Selangor menjadi negeri paling terjejas dimana enam kawasan merekodkan bacaan melebihi 100 dimana Johan Setia dengan IPU 175. Kawasan lain Selangor juga mencatat kualiti udara tidak sihat ialah Shah Alam (162), Kuala Selangor (155), Klang (153), Petaling Jaya (152) dan Banting (151).

SAYS.com
Image via Malay Mail

Bagi Sarawak pula, lima kawasan mencatatkan udara tidak sihat iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan IPU 180, Sri Aman (170), Kuching (163), Samarahan (156) dan Sarikei (152).

Perak juga merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu Tanjung Malim (156), Seri Manjung (154), Tasek Ipoh (154), Taiping (153) dan Pegoh Ipoh (145).

Johor pula menunjukkan empat kawasan dengan kualiti udara tidak sihat iaitu Batu Pahat (152), Segamat (152), Tangkak (152) Kota Tinggi (115).

Manakala 10 lagi kawasan menunjukkan IPU tidak sihat ialah Minden (155), Balik Pulau (151) dan Seberang Perai (146) di Pulau Pinang; Nilai (155) dan Seremban (152) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (155) dan Alor Gajah (151) di Melaka; Putrajaya (156); Sungai Petani (152) di Kedah; serta Batu Muda (156) di Kuala Lumpur.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Sebanyak 37 kawasan telah merekod kualiti udara di tahap sederhana dan tiada yang mencatatkan bacaan baik, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat ini.

Carta bacaan IPU:

Sifar hingga 50 – Kualiti udara sangat baik
51 hingga 100 – Sederhana
101 hingga 200 – Tidak sihat
201 hingga 300 – Sangat tidak sihat
300 ke atas – Berbahaya

Data IPU akan dikeluarkan setiap jam mengikut rekod dari 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: