Syarikat Ini Dipuji Kenakan Denda RM5,247 Jika Ganggu Pekerja Lain Yang Sedang Bercuti
Wow, patut tak Malaysia buat macam ni juga?
Tidak dinafikan, setiap orang memerlukan pekerjaan untuk mendapat gaji dan meneruskan hidup
Walaupun ianya penat dan ada kalanya membosankan, itu saja cara kita untuk mendapatkan duit. Oleh itu, cara untuk menghilangkan stres bekerja adalah dengan pergi bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga.
Akan tetapi, ada pula sesetengah majikan dan rakan sekerja seperti tidak memahami dan selalu mengganggu kita semasa sedang bercuti.
Syarikat di India kenakan denda kalau ganggu pekerja yang sedang bercuti
Sebuah syarikat di New Delhi, India telah memperkenalkan dasar mendenda setiap individu yang mengganggu hari cuti pekerja lain.
Menurut sumber, syarikat Dream11 iaitu sebuah platform sukan fantasi telah memperkenalkan dasar ‘Dream11 Unplug’ kepada setiap pekerjanya untuk membantu mereka berehat pada hari cuti mereka.
Dasar itu juga tidak membenarkan seseorang yang sedang bercuti untuk terlibat dengan urusan kerja seperti berbual dengan kumpulan mahupun e-mel.
Keluarkan pekerja dari setiap platform komunikasi
Menurut pengasas syarikat tersebut, dasar yang ditetapkan itu setakat ini sudah berjaya dilaksanakan.
“Sekali setahun, selama seminggu pekerja akan dikeluarkan dari sistem (syarikat) selain tidak mempunyai Slack (aplikasi), e-mel dan panggilan. Sesiapa yang menghubungi pekerja lain semasa ‘unplug’ perlu membayar denda lebih kurang AS$1,200 (RM5,246.64).” kata Harsh Jain dan Bhavit iaitu dua pengasas syarikat Dream11 kepada CNBC.
Menerusi satu lagi kenyataan yang dikeluarkan pada Februari tahun lalu di LinkedIn, syarikat itu menyatakan mereka menyekat semua pekerja yang sedang bercuti dari setiap platform komunikasi seperti Slack, e-mel dan juga WhatsApp kumpulan.
Wah, dekat India dah berkesan cara ni. Anda rasa patut tak syarikat di Malaysia perkenalkan dasar yang sama?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!