seismik

Tak Bayar Hutang PTPTN 20 Bulan Terus Kena 'Blacklist'!

Satu lagi inisiatif baru diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyelesaikan kemelut hutang yang semakin meruncing dalam kalangan mahasiswa.

Cover image via antarapos.com

PTPTN Bertindak Untuk Menyenarai Hitam Nama Peminjam Yang Gagal Membuat Pembayaran Selama 20 Bulan

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan.

Image via antarapos.com

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenarai hitamkan nama peminjam sekiranya tiada bayaran yang diterima dalam tempoh 20 bulan.

themalaysianinsider.com

Ketua Eksekutifnya, Agos Cholan berkata PTPTN tidak mengambil tempoh singkat untuk menyenaraikan seseorang peminjam sebaliknya memberi tempoh yang mencukupi.

negarakita.com

Setakat Ini, Jumlah Peminjam Yang Telah Disenarai Hitam Adalah Seramai 130,000

Setakat ini, seramai 130,000 peminjam disenarai hitamkan namun seramai 45,000 tampil untuk berunding dengan PTPTN agar nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu.

negarakita.com

Adakah anda salah seorang calon yang disenarai hitam?

Image via www.kantipuronline.com

"Bagi peminjam yang kita senarai hitamkan biasanya mengambil masa selama 20 bulan baru‎ kita senarai hitamkan. Kita mengambil langkah mesra bukan tak bayar sebulan terus senarai hitam."

themalaysianinsider.com

"Mulanya peringatan, tiga bulan selepas itu notis pertama, notis kedua dan notis ketiga setiap tiga bulan kemudian baru surat tunjuk sebab. Tak bayar juga baru kita masukkan dalam senarai hitam‎," jelas Agos.

themalaysianinsider.com

Sekatan Imigresen Merupakan Langkah Terakhir Yang Akan Dikenakan Kepada Peminjam Sekiranya Segala Usaha Lain Sebelumnya Gagal

Isu PTPTN turut mendapat perhatian kartunis tempatan.

Image via mynewshub.my

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sekatan imigresen adalah langkah paling akhir digunakan setelah beberapa pendekatan sebelumnya gagal.

themalaysianinsider.com

“PTPTN menggunakan pendekatan mesra pelanggan. Kita tidak membuat hukuman kepada penerima deposit kita. Sekatan imigresen itu sebenarnya yang terakhir kita buat setelah mengambil beberapa pendekatan."

themalaysianinsider.com

Menurut Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Peminjam Hanya Perlu Membayar 1% Faedah Manakala 4% Lagi Ditanggung Sepenuhnya Oleh Kerajaan

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Image via www.bnbbc.my

“1% itu amat rendah kerana PTPTN pinjam daripada bank dijamin kerajaan. Kalau bank kenakan faedah 5%, kerajaan tanggung 4%. 1% oleh pelajar. Itu pun sebenarnya pelajar boleh mendapat insentif lain jika dibayar secara konsisten selama setahun."

themalaysianinsider.com

“Jika pelajar membayar seperti yang jadual ditetapkan, mereka tidak bayar lebih daripada 1%. Mereka yang mendapat kelas pertama, tidak perlu membayar semula,” katanya.

themalaysianinsider.com

Isu Hutang PTPTN Kini Semakin Meruncing. Laporan Mendedahkan PTPTN Menanggung Tunggakan Sebanyak Hampir RM3.5 Bilion Sehingga Mac 2014.

Seramai 425,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum melunaskan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan hampir RM3.5 bilion, sehingga Mac tahun ini.

astroawani.com

PTPTN mencatat tunggakan sebanyak hampir RM3.5 bilion setakat Mac 2014.

Image via postgraduate.my

Ketua Eksekutifnya Agos Cholan berkata PTPTN memandang serius jumlah tunggakan itu dengan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan kutipan perbadanan itu terus meningkat.

astroawani.com

“Kami menyasarkan peningkatan kutipan bayaran balik lima peratus tahun ini berbanding tahun lepas, dan kami berharap peminjam yang membuat pemotongan gaji pula meningkat daripada 12 peratus menjadi 23 peratus,” kata Agos.

mynewshub.my

Selain PTPTN, Kerajaan Turut Memperkenalkan Beberapa Bantuan Lain Bagi Mengurangkan Beban Rakyat

You may be interested in: