"Tak Lama Lagi Saya Akan Bertemu Tuhan Dan Saya Terima Segala Hukuman," Dr. M
Orang ramai mengkritik Tun Dr. Mahathir baru-baru ini dengan melabel beliau sebagai seorang anti hadis. Ikuti luahan beliau di bawah.
Tun Dr. Mahathir Didapati Memberi Luahan Di Blog Dan Facebook Persendirian Beliau Setelah Dilabel Sebagai Seorang Anti Hadis
1. "Saya Digelar Anti Hadis Kerana Kononnya Saya Menyokong Kassim Ahmad"
Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir.
chedet.ccOrang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
facebook.com2. "Saya Tak Tahu Bahasa Arab Jadi Saya Tak Berhak Berbicara Mengenai Islam"
Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam.
facebook.com3. "Orang Arab Fasih Berbahasa Arab Dan Terpelajar Dalam Ilmu Al-Quran Tetap Berpecah Dan Bermusuh Sesama Islam"
Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi.
chedet.ccDi Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dipilih jadi Yang Berhormat.
facebook.com4. "Hanya Kerana Fasih Berbahasa Arab Dan Mahir Dalam Bidang Agama Terus Digelar Ulama"
Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama.
chedet.ccPerpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita.
facebook.com5. "Saya Dan Rakan-Rakan Saya Pernah Dihukum Kafir Kerana Bekerjasama Dengan Orang Kafir"
Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
chedet.ccOrang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label. Kenapa?
facebook.com6. "Jika Ilmu Islam Disampaikan Dalam bahasa Melayu Dikatakan Bukan Islam, Jadi Majoriti Orang Melayu Bukanlah Islam"
Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
chedet.cc7. "Adakah Perbuatan Melabel Atau Menghukum Seseorang Mencerminkan Keadilan Yang Dituntut Dalam Islam?"
Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
chedet.cc8. "Sila Tunjuk Kepada Saya Hadis Yang Mengatakan Tuhan Mencarut"
Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa.
facebook.com9. "Mana Yang Lebih Utama? Wahyu Atau Hadis?"
Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis.
chedet.ccSalahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
chedet.ccKita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
facebook.com10. "Agama Islam Kini Ditindas Dan Sangat Hina"
Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
facebook.comLemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
chedet.ccSehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.
chedet.cc11. "Yang Saya Tahu Dan Saya Yakin Ialah Pengadilan Allah Yang Maha Adil"
Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.
chedet.cc