seismik

Tak Sampai 4 Bulan Kahwin, Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Mohon Bubar Nikah

"Saya mohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik buat kami berdua." - Joy Revfa

Cover image via Facebook

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telah sah bergelar suami isteri pada 1 Mei 2017

Image via pinimg.com

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, dan Hafiz Hamidun, 33, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana di Dewan Masjid Negeri Shah Alam.

Namun, setelah usia perkahwinan mereka baru mencecah tiga bulan setengah, pasangan ini membuat keputusan untuk bubar nikah

Image via Berita Harian

Joy Revfa menjelaskan kepada Berita Harian bahawa tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

"Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

"Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.

"Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah," katanya.

Menurut Joy lagi, Hafiz terus tidak menganggapnya sebagai isteri selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah

"Ada pihak di luar sana mendakwa bahawa saya telah menipu suami kerana saya masih lagi isteri orang. Itu tidak benar.

"Saya sebagai seorang isteri masih ingin mempertahankan hubungan kami tetapi dia masih meragui perkahwinan kami.

"Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Saya rasa tidak adil. Tiba-tiba dia terus lepaskan saya begitu sahaja selepas 23 Mei," katanya.

"Saya mohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik. Saya hanya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai seorang isteri dan wanita yang teraniaya," kata Joy.

Tonton dan dengar penjelasan penuh Joy Revfa di bawah:

Ikuti lintas langsung FB Live BH Online sidang media Joy Revfa mengenai status perkahwinannya dengan penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. #bhonline #bhtv #bh60 #joyrevfa #hafizhamidun #statusperkahwinan #mahkamahsyariah

Posted by Berita Harian Online on Sunday, August 20, 2017

Sementara itu, Hafiz Hamidun masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubungan keretakan rumahtangga ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Apa lagi yang hangat dalam dunia selebriti?

You may be interested in: