“Api Neraka Tu Panas” – Respon Netizen Bila Raja Ilya Nak Buat Surgeri Untuk Filem Marvel

Raja Ilya juga berkata beliau tidak akan beraksi bogel mahupun babak yang boleh menjejaskan namanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via hazariphotography

Raja Ilya sanggup melakukan pembedahan demi membintangi filem adiwira terbitan Marvel yang juga naskhah Hollywood pertama lakonannya

Menurut laporan [BH Online](http://www.bharian.com.my/node/299579) semalam, pelakon cantik berusia 32 tahun itu memberitahu beliau harus berkorban untuk kelihatan setanding dengan pelakon antarabangsa lain.

Oleh sebab itu, beberapa persediaan awal perlu dilakukan, termasuk menjalani pembedahan dan **menghasilkan otot tubuh**.

Image via Lowyat

Tambahnya lagi, beliau masih berpegang pada agama dan pihak produksi juga tahu dia seorang Muslim. Tetapi beliau mengatakan bahawa beliau masih boleh berikan sedikit kelonggaran

Raja Ilya juga berkata beliau tidak akan beraksi bogel mahupun babak yang boleh menjejaskan namanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa beliau akan mempunyai babak yang memerlukannya berpakaian seksi seperti watak Wonder Woman, lakonan Gal Gadot.

"Apabila berlakon di dalam filem yang bukan saja untuk tontonan di Malaysia, saya rasa perlu berkorban sedikit. Saya tidak mahu ada kecacatan dari segi lakonan, bakat dan penampilan kerana saya juga akan membawa nama Malaysia," katanya.

Raja Ilya juga beruntung kerana terdapat pihak yang sudi ingin menaja dan menampung kesemua kos pembedahan tersebut

Dalam pada itu, untuk membawakan watak tersebut dengan baik, beliau perlu berlatih berlari dan bakal menjalani latihan mempertingkatkan stamina, sama ada di Los Angeles, Atlanta, New York atau London, awal tahun depan

Raja Ilya akan berangkat ke Amerika Syarikat pada Disember ini dan beliau akur apabila tidak dapat menjayakan projek lakonan di negara ini sepanjang 2018 bagi memberikan tumpuan kepada filem yang enggan didedahkan dulu judulnya itu.

Namun, nampaknya Raja Ilya menerima cemuhan yang hebat daripada netizen. Rata-ratanya mengeluarkan komen berbaur negatif. Ini antara komen-komen yang diutarakan:

1. Penunggang agama

2. Kalau setakat berlakon pegang tombak…

3. Artis hollywood nak badan cantik diorang amalkan diet ketat dan pergi gym

4. Moga kita sama-sama diberi hidayah dan kekuatan

5. Api neraka tu panas 99 kali ganda

6. Tak sabar nak tengok artis Islam Malaysia beraksi

7. Dalam kubur nanti Allah tak beri kelonggaran

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jadi bagaimana? Tinggalkan pendapat anda di ruang komen di bawah.

Sebelum ini: