seismik

Takut Beli Barang Dari China Sebab Koronavirus, Doktor Kata Tiada Apa Yang Perlu Dicurigai

Sama seperti virus SARS dan MERS, difahamkan jangkitan koronavirus tidak boleh menular melalui barangan iaitu benda yang tidak bernyawa.

Cover image via Twitter @HausofHilton & Piximus

Virus koronavirus atau coronavirus yang melanda dunia termasuklah Malaysia ternyata membimbangkan ramai orang

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti wabak itu di negara ini adalah sebanyak 7 orang.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Difahamkan koronavirus boleh merebak dari orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui udara daripada batuk dan bersin, sentuhan kulit seperti berjabat tangan, menyentuh objek atau permukaan dengan virus di atasnya lalu menyentuh mulut dan hidung sebelum mencuci tangan, serta pencemaran najis.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Siakap Keli

Ekoran daripada ini juga, ramai yang mula takut untuk membeli belah secara dalam talian atau online shopping kerana kebanyakan barangan itu datang daripada negara China. Bukan itu sahaja, mereka berasa gentar lebih-lebih lagi dengan adanya mesej tular menyatakan virus tersebut boleh merebak melalui sentuhan pada barangan jualan terbabit.

Tidak dapat dinafikan barangan China kebanyakannya dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa lebih-lebih lagi apabila dibeli secara borong membuatkan ramai yang sanggup membelanjakan wang mereka meskipun ianya akan tiba sedikit lambat ekoran penghantarannya dari negara luar.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Piximus

Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh iaitu Dr. Christopher Lee menyatakan bahawa semua parcel yang datang daripada China mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk tiba di Malaysia

Selain itu, dipercayai juga bahawa koronavirus adalah sama seperti SARS dan MERS yang mana jangkitannya tidak boleh menular melalui barangan jualan iaitu benda tidak bernyawa. Malahan virus SARS dahulu pun hanya bertahan di luar badan manusia selama beberapa jam atau paling lama 4 hari sahaja.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Pos Rednik China

"Virus SARS akan bertahan lama (sehingga beberapa hari) pada persekitaran yang lembap atau basah. Namun pada permukaan yang kering seperti plastik, virus itu hanya boleh hidup selama beberapa jam," katanya yang juga merupakan Penasihat Kebangsaan Penyakit Berjangkit di KKM seperti yang dilaporkan Sin Chew Daily.

Pada masa yang sama, seorang lagi doktor yang semakin dikenali di laman sosial Twitter, Dr. Nimelesh turut sama telah mengeluarkan komennya perihal isu ini

Image via The Coverage

Lebih gemar berkongsikan ilmunya secara santai, Dr. Nimelesh bukan hanya menggesa orang ramai agar tidak mudah mempercayai mesej tular yang berbentuk hoax atau penipuan, bahkan secara berseloroh meminta orang ramai untuk tidak online shopping supaya jimat duit.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengeluarkan kenyataan menyeru orang ramai agar mengelap barangan yang tiba dari China menggunakan tisu basah serta sanitizer

Menerusi laman Facebook serta Twitter rasmi kementerian berkenaan, KKM telah berkongsikan langkah pencegahan itu kerana sehingga kini tiada bukti menyatakan sama ada virus berkenaan boleh hidup di permukaan luar barangan dalam tempoh yang lama.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: