seismik

15 Orang Tertimbus Dalam Satu Kejadian Tanah Runtuh Di Tapak Pembinaan Di Penang Pagi Tadi

"Saya tak sempat melakukan apa-apa." - Saksi kejadian.

Cover image via Malaysia Natural Disaster & Emergency Info

Sekurang-kurangnya 15 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown, pada 8.50 pagi tadi

Menurut jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8.57 pagi.


Katanya, seramai 30 orang termasuk penyelia dan ketua balai bersama beberapa jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

Tambahnya lagi, setibanya pasukan penyelamat pada jam 9.10 pagi, mereka mendapati bahawa tapak pembinaan di cerun bukit itu telah dilanda tanah runtuh

“Kami mendapat tahu antara 15 hingga 20 mangsa mungkin tertimbus. Dua orang berjaya diselamatkan.

"Kecerunan tanah dianggarkan 10 meter dan kita sudah memulakan kerja mencari dan menyelamat," katanya.

Menurut salah seorang pekerja di tapak pembinaan tersebut memberitahu kejadian tanah runtuh itu berlaku sangat pantas

"Saya sedang mengendalikan kren pada waktu itu dan tiba-tiba tanah runtuh.

"Saya tak sempat melakukan apa-apa," katanya.

Sumber: Harian Metro, NST

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: